assaalamualaikum,
korang pernah dak kena buli???bukan ape, aku cuma nak tanye je sebagai muqaddimah untuk ublish aku ari ni..aku nak kongsikan cerita aku kena buli..cerita ni memang aku rahsiakan dekat ramai orang..kawan baik aku naufal ngan ibe pun tak tau...
tahun lepas ayah aku hantar aku ke tahfiz untuk menghafal quran-1 tahun..memang seronok..beberapa nama seperti hafizuddin, thaqif, abang adnan dan ramai beberapa lagi pelajar masih lagi aku ingat nama-nama mereka..seronok bersahabat dengan mereka..namun, keseronokan itu tidak bertahan lama..tahqif berpindah ke pulau pinang, abang adnan pergi ke Mesir, hafizuddin berhenti dengan tak de alasan diberikan..aku nak ikut abang adnan gi mesir tapi tidak diizinkan oleh ibu bapa..memang sedih nak berpisah ngan diorang...aku ingat lagi, walaupun depa kata mereka dah nak berhenti, aku yang menjadi orang pertama berhenti di situ..selepas solat jumaat di solat diri jumaat, jam 3.00 petang, adalah saat-saat perpisahan aku dengan mereka..abg adnan, hafizuddin, thaqif dan ramai lagi yang menghantar aku..memang sedih,..
setahun berlalu..
aku hanya bertemu dengan hafizuddin sahaja..sahabat yang lain dah merantau entah ke negara mana..aku pun jumpa balik hafizuddin sebab die jadi ustaz kat sekolah aku..wakaka!!..waktu tu aku baru darjah enam..(habis tu sekarang aku darjah berapa??)..lepas aku ambik UPSR, ayah aku bercadang nak hantar aku balik kat maahad tahfiz tersebut..aku setuju tanpa banyak soal walaupn aku tahu, aku tak kenal sape2 dah kat sana..pada satu petang aku dihantar ke tahfiz tersebut..seorang abang yang bernama abang saad telah menyambut aku..badannya besar..dia paling tua kat situ..umurnya aku tak tahu tapi die belum ambik SpM..hari pertama aku duduk situ memang seronok..
tetapi suasana pada hari pertama 1001 kali berbeza dengan hari kedua..aku seperti seorang hamba abdi..disuruh aku membasuh pinggan aku seronok sebab itu memang favourite aku..aku tak rasa kena buli..cabaran pertama aspek 'buli' aku lalui dengan baik..cabaran kedua lebih hebat..abang saad yang disangka baik buat kepala..die tumpahkan nasi kat atas lantai..lepas tu dia suruh aku makan nasi tu kalau tak aku ta dapat makan...disebabkan aku belum makan tapi perut dah rasa lapar sangat, aku terpaksa la ambil makanan kat atas latai tu dan makan.
.aku sebak..tapi aku tahan..lepas habis aku makan, aku nak naik tingkat atas..(letih)..lengkah ku terhenti sebaik sahaja mencapai anak tangga yang ke lim belas,,pekikan abang saad memangilku memang menggerunkan..jantung aku berdebar..
hati ku membisik"ape lagi yang babun sekor ni tak puas hati"..apabila aku sampai kat anak tangga terakhir aku tengok die pegang beg plastik warna hitam...(plastik sampah)..lantas aku bersuara:
"kenapa memekik ni??"aku beranikan diri berkata sedemikian walaupun aku tahu ayat aku itu mengundang kemarahannya..
"OI!!!!!ko jangan cakap banyak!!sekarang ko buang sampah ni!!!ko pikir ko budak lama kat sini ko boleh buat kepala kat sini??ei, aku tak kira sapa ko tapi aku tau sape yang baru masuk kat sini mesti kena dengar cakap aku..FAHAM!!!sekarang jangan banyak cakap!!buat ape yang aku suruh!!" hhhhhhhhuuuuhh..ayAt tu memang aku ingat lagi..tempat buang sampah pun bukannya dekat..tapi apakah daya seorang yang bertubuh kecil..yang aku peliknya waktu tu aku tak menangis pun..waktu si SAAD tu soNud aku dua oarang adik kecil (kawan baru aku) pun tengokk aje..mereka berdua memang kecik lagi..tapi, itu la kawan aku..
lepas buang sampah, aku tidur kat surau sebab malas balik asrama..buat ape??asyik kena sound aje..malam tu ada ustaz Sulaiman datang buat pengajian kat surau tahfiz aku tu..selalunya lepas pengajian mesti ada jamuan =..adat!!so, lepas tu aku ngan dua orang adik kecik tu pergi ambik nasi dan kami makan kat tingkat atas surau...aku jumpa sorang budak Al-munir , amin..kawan aku kat sekolah..belum sempat aku makan, terdenngar bunyi orang sedang menuju ke tingkat atas surau..kelihatan abang saad..
"aku nak korang letak kat nasi korang kat kaki aku!!aku kira sampai tiga.."
kami cepat buat apa yang disuruh..aku nampak die ambik yang aku punya..jantung aku berdegup kencan menantikan reaksinya..die membuang telur yang ada kat dalam tu..pastu die ludah kat dalam makanan aku tu..hulamak!!memang aku bengang waktu tu..tapi tak boleh buat apa..die gaul kahak die yang macam taik anjing tu dengann nasi aku..aku geli-geleman..tiba-tiba die bersuara lagi:
"sekarang aku nak ko makan!!"tegas arahan die..
dengan hati yang berat aku makan la jugak..amin menjadi saksi kejadian malam tu..aku minta dia rahsiakan perkara tu dari sesiapa..malam tu jugak aku tak balik ke asrama..si saad tu dah balik asrama tapi aku belum..ada benda yang aku nak fikir..semua kawan2 aku dah balik meniggalkan surau..surau kosong..aku menyorok di suatu sudut..suasana surau gelap gelita..seram~!!aku beranikan diri tunggu mak aku kat surau..
sebelum mak aku sampai, si saad tu ade cari aku tapi tak jumpa..aku seronok..tak lama lepas tu mak bapak aku datang kat surau..depa terkejut tengok aku sorang-sorang kat situ..aku jawab yang aku batu nak balik asrama..aku berhelah!!tak nak bagi tau..aku memasuki kereta..ayahku menuju ke asrama..aku berkata yang aku nak balik malam tu..ayah aku tak halang..sampai kat rumah aku ceritakkan semuanya kat mak aku..tapi adik tak tahu..memang secert benda ni..mak aku suruh aku pergi jugak kat tahfiz tu tapi aku punya pendirian tetap..aku tak sanggup lagi nak makan kahak orang,...cukuplah!!itulah aku nak jadikan kali pertama dan kali yang terakhir aku makan kahak orang kerana dipasa..aku pergi ke sekolah balik macam biasa...kawaan2 hairan melihat kau hadir tetapi aku tidak menceritakan perkara sebenar sebaliknya aku mengatakan kelas tak ada selama seminggu..sekian..
p/s:abang saad tu sebenarnye kena buang sekolah gara2 membuli pelajar di izzudin..orang yang dibulinya tu merupakan abang kawan sekelas aku, syamila azizan..abangnya bernama azizul hakim
p/s:kepada sahabat2 yang nak masuk sekolahasrama hati-hati lah ye..
Thursday, November 12, 2009
Blog Archive
-
▼
2009
(100)
-
▼
November
(11)
- BERDIALOGLAH DENGAN DIRI ANDA KETIKA ENGKAU DILAND...
- hayati video ini..ia membawa seribu kiensafan
- SEKALUNG PENGHARGAAN
- KENANGAN PONDOK PAK TEH
- DUA LAGI BLOGGERS DARI AL-MUNIR
- kenangan manis bersama dua azizul
- KISAH AKU KENA BULI
- WARKAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN KU..
- 2 lagi blog persendirian
- JAUH PERJALANAN,LUAS PENGALAMAN
- YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA KAMI..
-
▼
November
(11)
0 comments:
Post a Comment
kalau ada cadangan atau komen sila kemukakan di bawah