sekarang ni adalah musim haji..ramai antara rakyat melaysia yang pergi menyahut seruan ilahi.. masih ingat lagi ketika ayah aku pergi menunaikan haji pada tahun 2007..tak ada sape-sape nak jaga aku..so, ayah aku putuskan aku akan tinggal di rumah ustaz nokhti yang merupakan saudara aku.ustaz tu tinggal di hulu perak dan mukimnya bernama "PENGKALAN HULU", di situ terletak sebuah pusat pengajian bersistemkan pondok yang dikenali sebagai 'pondok pak teh'.. ustaz mokhti telah meletakkan kami di situ..di situlah aku mengenal erti berdikari apabila hidup tanpa mengharap pertolongan manusia..hanya abangku yang menemani aku ketika menuntut ilmu di situ.."ibarat menadah air di pergunungan"..itulah perumpamaan yang dibuat seiring dengan suasana pondok pak teh..pondok ini adalah milik seorang ulamak yang terkenal..kalau tak silap aku namanya "tuan haji abdul latiff"..beliau telah dianugerahkan pangkat dato' oleh sultan perak..namun, kehidupannya tidaklah berimejkan kehidupan duniawi sebaliknya beliau memiliki sifat dhaif..
ketika aku menuntut di situ, aku dapat merasakan kehidupan yang islamik serta merasai bahawa rahmat Allah itu sentiasa turun..aku menghuni di sebuah pondok kecilyang besarnya lebih kurang seperti luas kereta innova..memang kecil..kehidupan yang aku lalui itu tidak dihadiri oleh lampu dan kipas..di malam hari aku menyalakan lilin dan disiang hari aku membuka tingkap..aku tidak merasakan bebanan sebaliknya nikmat menjadi seorang hambaAllah yang mensyukuri nikmatnya.
kenangan yang paling aku ingat apabila pada suatu hari, pondok yang didiami oleh 300 orang pelajar dilanda musim hujan..tidak banjir..bekalan air kami daripada sebuah empangan yang terletak di atas bukit..apabila hujan turun tudak henti-henti, empangan itu tersumbat dengan pasir..kami menyiapkan satu tentera yang bakal membaiki empangan tersebut..aku tidak tahu bagaimanakah ujian yang akan dilalui..oleh itu, aku ikut sekali di dalam jamaah tersebut..persoalan aku hampir terjawab apabila aku melalui jalan batu yang besarnya 30 cm..di tepi ku terletak sebuah sungai yang mengalir deras airnya..sape jatuh confirm mati..aku mengucap dua kalimah syahadah apabila aku merasakan ajal mahu menjemput ku...aku berjalan secara mengereng kerana saiz jalan berbatu yang mana di kiri dan kanannya adalah sungai kecil..alhamdulillah, aku sampai di hujung jalan tersebut..tak lama lepas tu, aku dikejutkan lagi dengan cabaran ke-2 apabila dipaksa merentasi sebuah jambatan yang panjangnya hampir 10 meter dan dibawahnya adalah gaung yang amat dalam sekali..aku tidak sanggup melalui cabaran itu..namun, hatiku membantah!!aku laluinya dengan gugup sekali..beberapa lagi cabaran yang aku lalui..memang panjang ceritanya
.namun segalanya hanya tinggal kenangan yang tercatat sebagai kenangan terbesar tahun 2007.. mana tak heran, hidup tanpa ibu bapa, kipas, lampu dan macam-macam lagi..segala kenangan tersebut kembali lagi apabila sebuah blog pakatan rakyat..gambar-gambar yang diambil mengembalikan memori silamku..tapi, tak sempat nak tunjuk kat korang..malam nanti aku posting kan gambarnya..wassalam
Blog Archive
-
▼
2009
(100)
-
▼
November
(11)
- BERDIALOGLAH DENGAN DIRI ANDA KETIKA ENGKAU DILAND...
- hayati video ini..ia membawa seribu kiensafan
- SEKALUNG PENGHARGAAN
- KENANGAN PONDOK PAK TEH
- DUA LAGI BLOGGERS DARI AL-MUNIR
- kenangan manis bersama dua azizul
- KISAH AKU KENA BULI
- WARKAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN KU..
- 2 lagi blog persendirian
- JAUH PERJALANAN,LUAS PENGALAMAN
- YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA KAMI..
-
▼
November
(11)
0 comments:
Post a Comment
kalau ada cadangan atau komen sila kemukakan di bawah