Sunday, December 27, 2009

0 comments

OH DUNIA YANG FANA'!



Ambillah secebis ketabahan Abu Bakar,
Secangkir keluhuran Umar,
sekudus taqwa Ali,
selautan Ilmu Al-ghazali,
seindah rindu Ainul Mardiah,

Indahnya Ukhwah Ini,
DIKALA LUPA ADA YANG MENGINGATI,
DIKALA SILAP ADA YANG MENGINGATI,
DI dunia jasad yang fana'

Mengapa harus kita bergembira dengan penipuan duniawi ini?,
sedangkan dunia ini sementara,
sedangkan di dunia ini tempat kita mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke padang mahsyar,
bagi dihadapkan kepada Ilahi.

oleh itu,
janganlah kalian lupa,
alpa,
dan leka,
marilah kita memuhasabah diri kita masing-masing,
adakah kita masih berada di jalan lurus,
ataupun kita sudah jauh terpesong..
ingatlah!

from:ezam al-hafiz
to: all friends and family



Thursday, December 24, 2009

0 comments

INILAH CERITA KITA SEMUA

dunia ibarat puitis lakonan,

manusia itulah pelakon,

pengarahnya Al-Quran,

ass-sunnah itulah skripnya,

malaikat itulah jurugambarnya,

islam itulah ceritanya,

qiamat itulah penghabisan dan penutupnya,

padang mahsyar adalah tempat penganugerahannya,

rasullullah itulah pelakon terbaiknya,

Allah Subahanahuwata'ala itulah jurinya,

syurga dan neraka itulah trofinya,...


ingatlah, hidup ini adalah sementara..segala budaya barat janganlah kita ikuti,,jadikanlah rasulullah itu pendoman..jangan contohi mereka yang hanya menginginkan hiburan..mereka itu sanggup membuka aurat di khalayak ramai..renung-renungkanlah

Wednesday, December 23, 2009

0 comments

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN YIK

assalamualaikum...

setelah lama menunggu keputusan kemasukan ke maahad kawalan YIK, ana tegerak hati untuk menyemaknya secara online..ana pun melayari laman web rasmi yayasan islam kelantan..tidak berapa lama kemudian, ana terbaca suatu artikel yang tertulis, keputusan kemasukan boleh disemak secara online..

tanpa melengahkan masa, aku klik di tulisan itu..pada mulanya, sistem itu meminta no. siri..aku
menip no. siri aku..laman web bertukar putih menandakan keputusan kemasukan bakal keluar.aku semakin berdebar..tidak lama kemudian, keluar page seperti ini:



masyaallah..pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya aku..terima kasih kepada semua rakan dan sahabat yang mendoakan aku..

sekian, assalamualaikum..

Thursday, December 17, 2009

0 comments

cerita lawak

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul
0 comments

BIJI SAGA DAN KACANG TANAH

Saga adalah model kereta Nasional yang pertama, perkataan saga diambil dari sejenis tumbuhan kerana ciri-ciri istimewa buahnya yg tersendiri.


"Kacang tanah" pula model kereta berjenama Honda klik di sini.

Kedua-dua model ini mengambil nama bersempena dari keunikan biji benihnya.

Kehebatan biji benih adalah seperti "microchip" yg menyimpan segala maklumat tentang tumbuhan itu & tindakbalasnya terhadap persekitaran merangkumi bila akan bercambah, membesar, bercabang, berbunga dan berbuah... semua arahan ini tersimpan dalam hanya sebutir biji benih.. Maha suci Allah

Kereta ini sebiji macam kacang buknan???lihatlah sendir kereta keluaran honda ini:
















Tuesday, December 15, 2009

0 comments

cina...oh..cina

salam..

sekarang ni aku dekat toyota manjung, perak.ikut ayah aku g servis kereta innova..x tau lak kat sini ade 2 buah komputer siap wireless untuk kegunaan ramai..aku dtg dengan ayah dan sedara aku..sedara aku dah dapat satu komputer, aku x boleh ambik satu lagi komputer sebab ade budak berbangsa cina tengah main satu lagi komputer..x pe la..aku tunggu je dekat sebelah die sebagai serangan psikologi..aku buat bising la ..macam2 la aku buat..last2 die bangun jap sebab ape pon tak tau..jarak die dengan komputer tu lebih kurang 1 meter je..aku nampak die bangun..ape lagi, aku pon cepat2 la ambik kerusi tu..aku duduk kat kerusi die tu...budak cina tu nampak aku ambik tempat die..lalu die berkata:

budak cina: saya mau main komputer ni lagi la..

aku: tak pe, tak pe..(aku pon tak tau nape aku cakap macam tu)

budak cina: lu apahal?

aku: aik?? you dah bangun maknanya lu x mau main..jadi, nape lu halau gua??

aku x biasa bertoleransi dengan orang berbangsa laen..budak cina tu bengang..aku buat bodo aje..dalam hati aku berkata, dah bangun nak duduk balik..hahahah...budak cina tu ade dekat belakang aku..die tunggu aku belah..pastu, aku maen game painball..aku kuatkan sound bertujuan nak sakitkan hati die..muka die merah padam..aku wat x tau aje..sekarang ni, dei masih ade di belakang aku..sorry la ye...aku kalau dah dapat internet, ko tunggu la sapai berjam-jam pon aku tak belah lagi..aku nak publish blog..hahaha..tunggu la ko sampai aku balik...hahahaahah..puas hati aku..wuu.wakaka..ye..ah!!macam2 la..

Saturday, December 12, 2009

0 comments

NAMA MUHAMMAD ADE DI DALAM TUBUH KITA??



penghinaan atau kebesaran??ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik gambar ini..bagi saya, ini adalah menunjukkan kebesaran junjungan besar Rasulullah S.A.W..

Friday, December 11, 2009

0 comments

PERPISAHAN DEMI PERPISAHAN

pada tanggal 20 september 2009.SRA Al-munir telah dibanjiri oleh tangisan pelajar tahun 6...Tangisan itu juga adalah mercu tanda dan lambang hilangnya al- munir akan barisan pelajar senior yang telah banyak berbakti pada bangunan yang berusia 22 tahun itu...


belum reda lagi dengan kesedihan dan kehilangan pelajar tahun enam itu,al-munir sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar tahun 3 iaitu NUR IMAN HAKIM .....
allahyarham iman meninggal disebabkan penyakit telesimia...allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada hari selasa 14 zulhijjah 1430...allahyarham belum lagi mencapai akil baligh...oleh itu,ini adalah jaminan untuk nya dan jalan yang mudah bagi allahyarham ke jannatulfirdaus..

AL-fatihah

Wednesday, December 9, 2009

0 comments

karangan kelakar

tadi bukak face book..ade satu gambar yang menarik perhatian ana..gambar tu berbentuk karangan..ana baca karangan tu sampai habis..ana siarkan gambar tu dalam blog ana..bolehlah baca..memang kelakar..




kali pertama die takut kat hantu..kali kedua die takut kat hantu dan kali ke tiga, hantu takut dekat die..kalau aku, ade orang ketuk pintu, aku bukak takde sape, aku takkan bukak dah pintu lepastu..

rupanya karangan tu tak habis kat situ aje, cikgu die pun sambung, 'hantu itu gembira juga'..wakaka!!lepas tu, kena jumpa cikgu..hahaha
0 comments

blogger al-munir

blog rasmi al-munir 2009 yang diberi nama AL-MUNIR BLOGGERS UNITED IALAH:
munir 2009..

dan ahlinya adalah:

# http://hokage97.blogspot.com/ faiz

# http://ehsan97.blogspot.com/ ehsan


# http://saudaraiman.blogspot.com/ azam



# http://cintaislamiyah.blogspot.com/ hazim


#http://detectivefahmi.blogspot.com/haziq

# http://cutelittlesis.blogspot.com/ ainun

#khazinatulasrar97.blogspot.com/ hanani

UNTUK BLOG PELAJAR TAHUN 3:

@ http://rentakku.blogspot.com/ asyraf


@ http://fauzan20.blogspot.com/ fauzan


@ http://zuhdi20.blogspot.com/ zuhdi

Tuesday, December 8, 2009

0 comments

MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG

assalamualaikum..

tadi, ana ade baca blog seorang rakan ana..tajuk paling atas die kalau tak silap mengenai perjalanannye ke Kelantan..serentak dengan itu, ana pun baru teringat ana tak publish lagi dekat blog tentang ana ke Kelantan..hari ana bertolak tu ialah hari jumaat..bertolak dari ipoh sebab ayah ana ade kursus kat sana..jadi, ana pon ikut sekali la...ana bertolak pukul 10:30 pagi..sampai pukul berapa ana tak ingat, cuma ana tahu waktu tu baru je azan maghrib dan ana pergi ke masjid yang berdekatan..solat maghrib jamak ngan isyak..ana menginap di rumah ayah kepada ayah sedara ana di bachok..

lupa nak bagi tahu..ana ke Kelantan sebab nak ambik periksa masuk ke sekolah menengah Yayasan Islam Kelantan..ana mohon Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qi raat di Pulai Chondong..huh!! memang memenatkan perjalanan nak ke Kelantan..berhenti isi minyak dekat lima kali tak sampai-sampai..ana pulak jenis tak reti tido dalam perjalanan..boring je dalam kereta..nak sembang pon sampai dah habis modal..hahaha

esoknya ana bangun pukun 6 pagi..terus mandi dan solat subuh..sejuk jugak air kat Kelantan..pagi tu, pergi la sekolah yang nak dimohon..bila ana sampai aje kat sekolah tu, rasa terkejut tengok sekolah tu..hebat giler..

ayah ana dan ana pergi ke pejabatnye untuk daftar peperikan..bile masuk je kat dalam pejabat ana terkejut sebeb ana jumpa seseorang yang ana kenal..orang tu adalah rakan sekelaas ana..namanya hafizuddin..aku daftar pukul 8:15 pagi..peperiksaan pada pukul 9:00 pagi..memang banyak betul la dugaan nye..lepas lama tunggu aku dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan..ana jumpa lagi seorang sahabat baik ana di dalam dewan tu..namanya faiz... tapi, tak sempat sembang pon..periksa menulis ana boleh jawab..ana tunggu periksa lisan..ana gabra sikit dengan peperiksaan lisan ni tak tau nape..

habis peperiksaan bertulis, ade ustaz offer aku ujian lisan lepas zohor..mengikut pengalaman aku, waktu petang memang susah nak menghafal..jadi ana tolak dan ana ambik ujian lisan esok paginya..

dipendekkan cerita:

ujian lisan bermula pukul 8:00 pagi..lepas daftarkan dir, ana ke masjid untuk mengambil ujian lisan..ana rasa takut sikit..menggigil ana dibuatnya..bukan apa, ana takut ujian hafazan aje..mula-mula, ana diuji dengan kelancaran membaca jawi..ana rasa senang aje..lepas tu kena masuk bilik ujian akhlak pulak..die tanya tentang diri aku..macam-macam die tanya..

lepas tu ana masuk ke bilik tilawah untuk menguji bacaan al-quran..ana bolehh jawab..pastu, die tanye lak hukum2 pada ayat yang ana baca tadi..yang paling ana ingat apabila die tanya hukum sesuatu perkataan tu..ana jawab hukumnya adalah ikhfa'hakiki.. die tanye kena dengung ke tak..last2 semua ana dapat jawab..die macam tak puas hati..mungkin sebab ana asyik dapat jawab aje..pastu die tanya pulak apa maksud ikhfa' hakiki..memang la ana tak tau..keluar dari bilik tilawah, ana kena masuk bilik hafazan..die bagi sepuluh baris pastu suruh hafal dalam masa sejam..ana test selalu dekat rumah, kalau sepuluh baris ana boleh dapat masa kurang 40 minit..

lima minit berlalu..ana cuba menghafal tetapi tak boleh..memang ana rasa terlalu takut time tu..ana tak boleh ingat apa2..aku tak tau bala' ape yang turun kat aku time tu..last2 ana dapat 6 baris aje..astaghfirullah..memang ana tak puashati. disebabkan gabra, ana tak boleh hafal..aduh!!tak pe la..setiap kejadian itu berhikmah..pastu, ana terus aje balik..sampai dekat tanah merah kawan ana telefon/..namanya ikhwan..die mohon mts..die habis periksa sehari awal dari ana..rupanya die dah dekat Teluk Intan..aku dengar bunyi riuh rendah dekat telefon..rupa-rupanya die sedang bersama rakan sekelas ana..betapa seronoknya ana bila ana dapat bercakap dengan rakan2 ana..haha..rindu dengan suara mereka..paling syok, time tu sempat lagi aku ngan hazim saling kutuk-mengutuk..rupanya ikut handset pun boleh kutuk kawan rupanya,..

ni gambar sekolah yang ana mohon tu:


pintu pagar sekolah tu

sekolah tu dari luar pagar


salah satu bangunan sekolah tu..

yang paling cantik adalah masjid sekolah tu..

dari luar..

ni gambar adik ana di dalam masjid sekolah tu...


jalan masuk ke sekolah tu..

mtaq ini juga dihias pepohon seperti anggur dan tamar


Tertarik dgn visi dan misi pusat tahfiz inilah yg menarik perhatian kami sanggup datang sebegini jauh dgn hanya satu matlamat yang tekad.

ana time mendaftarkan diri

mtaq yang ana pohon tu ade website nye..klik aje di sini..MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG

Monday, December 7, 2009

0 comments

NASIHAT BUATMU- SAHABAT KU

assalamualaikum...

baru-baru ni, keputusan kemasukan ke sekolah menengah kerajaan negeri perak telah keluar..banyak soalan yang telah diajukan kepada ana..paling banyak adalah soalan ana dapat sekolah mane??ana tak larat nk jawab.so, ana jawab dalam blog ana ajelah..sorry lah ye..sebenarnye ana dapat sekolah Nazrin..same ngan abang ana..tapi, ana berhajat untuk masuk sekolah dekat kelantan..hari sabtu ngan ahad ari tu, ade ana hadiri ujiannye..ana mohon sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong..peperiksaan nye boleh tahan jugak..ujian bertulis ana dapat jawab tetapi, ujian lisan ana sangkut cikit dekat Ujian Hafazan..hahaha..die bagi sepuluh baris tapi ana dapat 6 aje..tak tau kenapa..selalu dalam masa 40 minit ana boleh abiskan 10 baris tapi, ujian tu 1 jam ana dapat 6 baris aje...mungkin ana terlalu gemuruh..

baru-baru ni, ana dapat satu berita tentang seorang rakan yang juga pembaca blog ini menyatakan die menolak tawaran ke sekolah menengah kerajaan negeri perak..die dapat ke Nazrin...name die ana rahsiakan..tapi, bila ana tanya kenapa die menolak tawaran itu, die kata mak die larang die..pastu, ana tanya kenapa mak die tak bagi?? die kata kat sekolah Asrama tak boleh makan banyak..hahaa..nak tergelak dengar alasan die..tapi, alasan tu sirius bukan main-main..tapi ana rasa tak masuk akal..takkan disebabkan tak boleh makan banyak tak nak masuk ke sekolah Nazrin.abang aku dekat sekolah tu badan die lagi besar ade la...tak de pulak die makin kurus...bukan ke kalau kite nak menuntut ilmu kite kena menjaga pemakanan..kalau menghafaz Al-Quran pon kena makan sikit,,tapi, aku tak mati pun..ana nak ingatkan bahawa berkat itu adalah segalanya..mengapa setiap kali peperangan di zaman Rasullullah para sahabat berpuasa..tetapi, mereka tetap memenangi peperangan tersebut..mengapa??..itu juga adalah kerana pertolongan daripada Allah Subahanahuwataala..

kalau sahabat menolak tawaran itu, perlulah mencari sekolah lebih baikdaninya..bukan lagi teruk darinya..ana bukan ape..hanya mahu mengingatkan sahaja..sebenarnya semua yang sahabat dengar dari mulut orang lain adalah fitnah semata-mata..ana tahulah kerana abang ana sendiri bersekolah di situ..Izuddin ade jenayah buli..semua sekolah ade jenayah tu..tetapi di Nazrin tiada langsung jenayah itu ataupun spesis itu..menagapa di situ tiada jenayah buli?? ini adalah berkat didikan para guru yang mendidik mereka..

ana tidak mahu menghuraikan lebih panjang lagi..cuma nasihat ana adalah mungkin sahabat membuat tindakan terburu-buru..ana yakin sahabat belum menunaikan solat Sunnat Istikharah..pergilah ambil wuduk dan mengadulah kepada Allah..itulah cara yang terbaik..ingat, kita merancang tetapi jangan lupa, Allah juga merancang..Kita hanya hamba-Nya..dia Maha Mengetahui segalanya..pohon lah dari Nya..ana bukan nak menyinggung perasaan sahabat..tetapi hanya mahu memberi nasihat..pilihlah dahulu..jangan ikut kata sesiapa..sahabat ada hati dan fikiran..gunakanlah sebaik mungkin..wassalam..

"SEMOGA MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK" salam ikhlas dariku..-azamuddin

Monday, November 30, 2009

0 comments

BERDIALOGLAH DENGAN DIRI ANDA KETIKA ENGKAU DILANDA MASALAH

KENAPA UNIAN SEBERAT INI??
"ALLAH x membebani seseorang itu meLainkan dgn kesanggupan nya"(al-BaQaraH:286)

RASA FRUST??
"janganlah kamu bersikap lemah & dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu adalah antara org yang beriman (al-iMran:139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??
"dan mintalah pertolongan bengan jalan yanng sabar & dan mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yg khusyuk di dalam menjalaninya"(al-baQarAh:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka" (at-taUbah:111)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN!!
"dan, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan mereka yang kafir atau kufur" (yuSuf:87)

saHabat ... teguhkan imanmu..tabahkan hatimu.. saLam ukHwaH dariku kerana Allah,,, =)

Tuesday, November 24, 2009

0 comments

hayati video ini..ia membawa seribu kiensafan



kalau boleh sila ingatkan ayat ini semula:

jika diberi pilihan sama ada ditembak apache atau kerana sakit jantung, saya memilih (mati dengan) apache"

untuk makluman, apache adalah salah satu daripada senjata utama yahudi menyerang islam..ianya juga berbentuk helikopter

Thursday, November 19, 2009

0 comments

SEKALUNG PENGHARGAAN

tahniah saya ucapkan kepada semua yang mendapat 5A..tapi, yang x seronok nye aku tak berjaya mencapai matlamat..tak ape lah..kita merancang tetapi jangan lupa Allah juga merancang..khusus saya ucpakan tahniah kepada nama-nama di bawah:

5A:

*MUHAMMAD AMIN
*MUHAMMAD FAIZ HUSAINI
*MUHAMMAD HARITH EHSAN
*MUHAMMAD HAFIZUDDIN SYAHMI
*AINUN NAJWA
*MUHAMMAD IQBAL
*MUHAMMAD IKHWAN
*NUR ATIQAH
*NUR WAHIDAH

4A 1B:

# MUHAMMAD AZAMUDDIN
# MUHAMMAD HAZIM
# NAUFAL
# NOR HANA AINI
# HANANI HANIS
# SYAMILA AZIZAN
# MUHAMMAD HARRIZ
# NURUL NASYUHA
# MUHAMMAD HAZIQ

Sunday, November 15, 2009

0 comments

KENANGAN PONDOK PAK TEH

sekarang ni adalah musim haji..ramai antara rakyat melaysia yang pergi menyahut seruan ilahi.. masih ingat lagi ketika ayah aku pergi menunaikan haji pada tahun 2007..tak ada sape-sape nak jaga aku..so, ayah aku putuskan aku akan tinggal di rumah ustaz nokhti yang merupakan saudara aku.ustaz tu tinggal di hulu perak dan mukimnya bernama "PENGKALAN HULU", di situ terletak sebuah pusat pengajian bersistemkan pondok yang dikenali sebagai 'pondok pak teh'.. ustaz mokhti telah meletakkan kami di situ..di situlah aku mengenal erti berdikari apabila hidup tanpa mengharap pertolongan manusia..hanya abangku yang menemani aku ketika menuntut ilmu di situ.."ibarat menadah air di pergunungan"..itulah perumpamaan yang dibuat seiring dengan suasana pondok pak teh..pondok ini adalah milik seorang ulamak yang terkenal..kalau tak silap aku namanya "tuan haji abdul latiff"..beliau telah dianugerahkan pangkat dato' oleh sultan perak..namun, kehidupannya tidaklah berimejkan kehidupan duniawi sebaliknya beliau memiliki sifat dhaif..

ketika aku menuntut di situ, aku dapat merasakan kehidupan yang islamik serta merasai bahawa rahmat Allah itu sentiasa turun..aku menghuni di sebuah pondok kecilyang besarnya lebih kurang seperti luas kereta innova..memang kecil..kehidupan yang aku lalui itu tidak dihadiri oleh lampu dan kipas..di malam hari aku menyalakan lilin dan disiang hari aku membuka tingkap..aku tidak merasakan bebanan sebaliknya nikmat menjadi seorang hambaAllah yang mensyukuri nikmatnya.

kenangan yang paling aku ingat apabila pada suatu hari, pondok yang didiami oleh 300 orang pelajar dilanda musim hujan..tidak banjir..bekalan air kami daripada sebuah empangan yang terletak di atas bukit..apabila hujan turun tudak henti-henti, empangan itu tersumbat dengan pasir..kami menyiapkan satu tentera yang bakal membaiki empangan tersebut..aku tidak tahu bagaimanakah ujian yang akan dilalui..oleh itu, aku ikut sekali di dalam jamaah tersebut..persoalan aku hampir terjawab apabila aku melalui jalan batu yang besarnya 30 cm..di tepi ku terletak sebuah sungai yang mengalir deras airnya..sape jatuh confirm mati..aku mengucap dua kalimah syahadah apabila aku merasakan ajal mahu menjemput ku...aku berjalan secara mengereng kerana saiz jalan berbatu yang mana di kiri dan kanannya adalah sungai kecil..alhamdulillah, aku sampai di hujung jalan tersebut..tak lama lepas tu, aku dikejutkan lagi dengan cabaran ke-2 apabila dipaksa merentasi sebuah jambatan yang panjangnya hampir 10 meter dan dibawahnya adalah gaung yang amat dalam sekali..aku tidak sanggup melalui cabaran itu..namun, hatiku membantah!!aku laluinya dengan gugup sekali..beberapa lagi cabaran yang aku lalui..memang panjang ceritanya


.namun segalanya hanya tinggal kenangan yang tercatat sebagai kenangan terbesar tahun 2007.. mana tak heran, hidup tanpa ibu bapa, kipas, lampu dan macam-macam lagi..segala kenangan tersebut kembali lagi apabila sebuah blog pakatan rakyat..gambar-gambar yang diambil mengembalikan memori silamku..tapi, tak sempat nak tunjuk kat korang..malam nanti aku posting kan gambarnya..wassalam

Saturday, November 14, 2009

0 comments

DUA LAGI BLOGGERS DARI AL-MUNIR

dua lagi anak muda ingin menceburi bidang bloggerst..masih berada di dalam umur kanak-kanak tetapi mempunyai minat yang mendalam di dalam alam maya ini..kalau sudi, lawatlah blog mereka:

zuhdi

fauzan

Friday, November 13, 2009

0 comments

kenangan manis bersama dua azizul

bila duduk sorang-sorang, macam-macam yang bermain di kepala..ingatan ku masih ingat lagi tentang pengalaman aku ketika menyertai Kem Mencari Hidayah yang diadakan di Batu Karang, Selangor..memang sukar bagi ku lupakan kisah-kisah ku di sana..aku dan asyraf, adikku turut menyertai program yang berlangsung selama 5 hari itu..adikku juga mengajak 2 orang lagi teman nya yang merupakan sahabatku juga iaitu azizul adha dan azizul hakim..dua oarng itu berpangkat adik bagiku..

namu,kisah yang aku ingat ialah apabila pengagihan kumpulan yang dilaksanakan oleh beberapa orang fasilitator..abang fasilitator itu berkata:

"satu group tidak boleh mempunyai adik beradik yang sama, tak boleh cari kawan sekolah, tak boleh sama saudara-mara..mesti tak ada hubungan dengan sesiapa..dalam erti kata lain, tak ada yang pernah kenal"..

hulamak!!!dua orang adik tu memang jadi tanggungjawab bagi aku..so, susah kalau aku, asyraf,adha, dan hanif berada di dalam kumpulan yang lain..masing-masing berfikirr untuk berada di dalam kjumpulan yang sama..kami mendapat satu helah..tiba-tiba kedengaran seorang fasilitator memanggil aku..

"tu yang sebelah kamu tu sape?"aku tahu soalan itu adalah helah kepadaku..dan aku menjawab:

"entah la abang..sape entah budak dua orang kecik ni..saya pun tak tahu.."
aku membuat helah..namun, helah aku berjaya dikesan..mungkin disebabkan aku tak pandai menipu..hahaha..

helah yang sama digunakan oleh adik aku..adik aku dengan adha buat-buat saling tidak mengenali..begitu juga hanif!!!mereka berjaya berada di dalam satu kumpulan tapi aku yang ada kat dalam kumpulan lain..hahaha..tapi, aku dah cukup lega sebab mereka berada di dalam satu kumpulan sekurang-kurangnya boleh mengubat rindu mereka terhadap keluarga mereka..

dan apabila mereka sudah membentuk satu kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator yang bernama 'hafizuddin'(ustaz kat sekolah aku), mereka membuat satu bulatan..abang fasilitator pergi ke tempat lain sebentar..kumpulan aku berada betul-betul dekat sebelah kumpulan mereka(asyraf,hanif,adha)..ketika itulah asyraf bersuara kepada hanif dan adha:

"awak berdua ni nama apa,duduk kat mana, dan buat apa??"soalan itu membuatkan kami tergelak..hahahaha,...aku yang dekat sebelah menyampuk:

"dari jamban yang sama!!!"gelak tercetu lagi..mereka saling tidak mengenali..satu helah yang cukup bagus,..dengan helah tadi juga kami ditempatkan di dalam dorm yang sama..

Thursday, November 12, 2009

0 comments

KISAH AKU KENA BULI

assaalamualaikum,

korang pernah dak kena buli???bukan ape, aku cuma nak tanye je sebagai muqaddimah untuk ublish aku ari ni..aku nak kongsikan cerita aku kena buli..cerita ni memang aku rahsiakan dekat ramai orang..kawan baik aku naufal ngan ibe pun tak tau...

tahun lepas ayah aku hantar aku ke tahfiz untuk menghafal quran-1 tahun..memang seronok..beberapa nama seperti hafizuddin, thaqif, abang adnan dan ramai beberapa lagi pelajar masih lagi aku ingat nama-nama mereka..seronok bersahabat dengan mereka..namun, keseronokan itu tidak bertahan lama..tahqif berpindah ke pulau pinang, abang adnan pergi ke Mesir, hafizuddin berhenti dengan tak de alasan diberikan..aku nak ikut abang adnan gi mesir tapi tidak diizinkan oleh ibu bapa..memang sedih nak berpisah ngan diorang...aku ingat lagi, walaupun depa kata mereka dah nak berhenti, aku yang menjadi orang pertama berhenti di situ..selepas solat jumaat di solat diri jumaat, jam 3.00 petang, adalah saat-saat perpisahan aku dengan mereka..abg adnan, hafizuddin, thaqif dan ramai lagi yang menghantar aku..memang sedih,..

setahun berlalu..

aku hanya bertemu dengan hafizuddin sahaja..sahabat yang lain dah merantau entah ke negara mana..aku pun jumpa balik hafizuddin sebab die jadi ustaz kat sekolah aku..wakaka!!..waktu tu aku baru darjah enam..(habis tu sekarang aku darjah berapa??)..lepas aku ambik UPSR, ayah aku bercadang nak hantar aku balik kat maahad tahfiz tersebut..aku setuju tanpa banyak soal walaupn aku tahu, aku tak kenal sape2 dah kat sana..pada satu petang aku dihantar ke tahfiz tersebut..seorang abang yang bernama abang saad telah menyambut aku..badannya besar..dia paling tua kat situ..umurnya aku tak tahu tapi die belum ambik SpM..hari pertama aku duduk situ memang seronok..

tetapi suasana pada hari pertama 1001 kali berbeza dengan hari kedua..aku seperti seorang hamba abdi..disuruh aku membasuh pinggan aku seronok sebab itu memang favourite aku..aku tak rasa kena buli..cabaran pertama aspek 'buli' aku lalui dengan baik..cabaran kedua lebih hebat..abang saad yang disangka baik buat kepala..die tumpahkan nasi kat atas lantai..lepas tu dia suruh aku makan nasi tu kalau tak aku ta dapat makan...disebabkan aku belum makan tapi perut dah rasa lapar sangat, aku terpaksa la ambil makanan kat atas latai tu dan makan.

.aku sebak..tapi aku tahan..lepas habis aku makan, aku nak naik tingkat atas..(letih)..lengkah ku terhenti sebaik sahaja mencapai anak tangga yang ke lim belas,,pekikan abang saad memangilku memang menggerunkan..jantung aku berdebar..

hati ku membisik"ape lagi yang babun sekor ni tak puas hati"..apabila aku sampai kat anak tangga terakhir aku tengok die pegang beg plastik warna hitam...(plastik sampah)..lantas aku bersuara:

"kenapa memekik ni??"aku beranikan diri berkata sedemikian walaupun aku tahu ayat aku itu mengundang kemarahannya..

"OI!!!!!ko jangan cakap banyak!!sekarang ko buang sampah ni!!!ko pikir ko budak lama kat sini ko boleh buat kepala kat sini??ei, aku tak kira sapa ko tapi aku tau sape yang baru masuk kat sini mesti kena dengar cakap aku..FAHAM!!!sekarang jangan banyak cakap!!buat ape yang aku suruh!!" hhhhhhhhuuuuhh..ayAt tu memang aku ingat lagi..tempat buang sampah pun bukannya dekat..tapi apakah daya seorang yang bertubuh kecil..yang aku peliknya waktu tu aku tak menangis pun..waktu si SAAD tu soNud aku dua oarang adik kecil (kawan baru aku) pun tengokk aje..mereka berdua memang kecik lagi..tapi, itu la kawan aku..

lepas buang sampah, aku tidur kat surau sebab malas balik asrama..buat ape??asyik kena sound aje..malam tu ada ustaz Sulaiman datang buat pengajian kat surau tahfiz aku tu..selalunya lepas pengajian mesti ada jamuan =..adat!!so, lepas tu aku ngan dua orang adik kecik tu pergi ambik nasi dan kami makan kat tingkat atas surau...aku jumpa sorang budak Al-munir , amin..kawan aku kat sekolah..belum sempat aku makan, terdenngar bunyi orang sedang menuju ke tingkat atas surau..kelihatan abang saad..

"aku nak korang letak kat nasi korang kat kaki aku!!aku kira sampai tiga.."

kami cepat buat apa yang disuruh..aku nampak die ambik yang aku punya..jantung aku berdegup kencan menantikan reaksinya..die membuang telur yang ada kat dalam tu..pastu die ludah kat dalam makanan aku tu..hulamak!!memang aku bengang waktu tu..tapi tak boleh buat apa..die gaul kahak die yang macam taik anjing tu dengann nasi aku..aku geli-geleman..tiba-tiba die bersuara lagi:

"sekarang aku nak ko makan!!"tegas arahan die..

dengan hati yang berat aku makan la jugak..amin menjadi saksi kejadian malam tu..aku minta dia rahsiakan perkara tu dari sesiapa..malam tu jugak aku tak balik ke asrama..si saad tu dah balik asrama tapi aku belum..ada benda yang aku nak fikir..semua kawan2 aku dah balik meniggalkan surau..surau kosong..aku menyorok di suatu sudut..suasana surau gelap gelita..seram~!!aku beranikan diri tunggu mak aku kat surau..

sebelum mak aku sampai, si saad tu ade cari aku tapi tak jumpa..aku seronok..tak lama lepas tu mak bapak aku datang kat surau..depa terkejut tengok aku sorang-sorang kat situ..aku jawab yang aku batu nak balik asrama..aku berhelah!!tak nak bagi tau..aku memasuki kereta..ayahku menuju ke asrama..aku berkata yang aku nak balik malam tu..ayah aku tak halang..sampai kat rumah aku ceritakkan semuanya kat mak aku..tapi adik tak tahu..memang secert benda ni..mak aku suruh aku pergi jugak kat tahfiz tu tapi aku punya pendirian tetap..aku tak sanggup lagi nak makan kahak orang,...cukuplah!!itulah aku nak jadikan kali pertama dan kali yang terakhir aku makan kahak orang kerana dipasa..aku pergi ke sekolah balik macam biasa...kawaan2 hairan melihat kau hadir tetapi aku tidak menceritakan perkara sebenar sebaliknya aku mengatakan kelas tak ada selama seminggu..sekian..

p/s:abang saad tu sebenarnye kena buang sekolah gara2 membuli pelajar di izzudin..orang yang dibulinya tu merupakan abang kawan sekelas aku, syamila azizan..abangnya bernama azizul hakim

p/s:kepada sahabat2 yang nak masuk sekolahasrama hati-hati lah ye..

Tuesday, November 10, 2009

0 comments

WARKAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN KU..

assalamualaikum buat saudara seagama..

kata-kata saya pada haridikhususkan buat semua pengunjung blog ini sahaja.. saya ingin memohon ampun kepada semua pihak yang mengenali saya terutama "smartcuber".. hidup di dalam permusuhan amat merimaskan kehidupan seharian... kepada rakan2 sekelas, saya juga memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan saya.. kalian semua amat bermakna di dalam hidup saya.. saya juga meminta agar kalian dapat mendoakan atas kejayaan saya di dalam UPSR.. saya juga akan mendoakan kalian semua sebagai sahabat seperjuiangan..pada hakikatnya kita semua saling doa-mendoakan antara satu sama lain..

perpisahan yang akan kita hadapi di saat-saat akhir persekolan ini amat menyayat hati.. tidak lama kita dapat bersama berada di dalam satu kelas, diibaratkan seperti seminggu sahaja, namun hati ini rasa amat sukar untuk melepaskan kalian, masih dahagakan nasihat kalian, gurau senda kalian, gelak tawa kalian, dan kehidupan saya bersama kalian di tahun ini..
ya ALLAH!! WALAU APA PUN UJIAN YANG KAU TURUNKAN KEPADA KAMI, KAMI AKAN MEMIKULNYA SELAGI KAMI MAMPU MEMIKULNYA, NAMUN JAUH DI SUDUT HATI KAMI, KAMI MEMOHON KEPADAMA-MU YA ALLAH, AGAR PERTEMUKANLAH KAMI SEMUA SEMULA...JIKA ENGKAU TIDAK MENGIZINKAN KAMI BERTEMU DI TANAH DUNIAWI INI, PERTEMUKANLAH KAMI DI "JANNATUL FIRDAUS" YANG MENJADI TEMPAT PERTEMUAN KEPADA SEMUA ORANG YANG BERTAQWA..YA ALLAH, APABILA KAMI MELEWATI ALAM SEKOLAH RENDAH NANTI, KAMI AKAN PERGI MENGIKUT HALUAN MASING-MASING..JUSTERU AKU MEMOHON AGAR KAU TEGUHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHADAPI CABARAN MASYARAKAT DAN SOSIAL YANG SENTIASA MENANTI DI LUAR,,KAU GERAKKANLAH HATI KAMI APABILA KAMI MENCAMPURI PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KE ARAH MAKSIAT,,KAU AMUKKANLAH HATI KAMI APABILA KAMI LALAI..KAU BANTULAH IMAN KAMI AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI JALAN-MU..AMIN!!!

kepada sahabat seperjuangan yang membaca tulisan saya ini, ingatlah pesanan yang ingin saya sampaikan:

1. janganlah lalai dalam menjalani kehidupan seharian.
2. janganlah kalian meninggalkan suruhan Allah seperti solat dan membaca AL-QURAN..
3. janganlah sesekali mendedahkan aurat kamu di khalayak ramai agar terjaganya imej sekolah agama..
SAHABAT,
saya sedar saya juga susah untuk melaksanakan 3 perkara di atas..cuma, untuk mendapatkan 3 perkara di atas,saya memperkenalkan 3 lagi perkara untuk kita hayati bersama..apabila saya teringatkan 3 perkara yang merupakan soalan, sayaakan lebih bersemangatuntuk melakukan perkara amal..dan apabila dirimu dilanda sifat putus asa atau dilanda musibah, bersoal jawablah dengan tiga perkara ini:
i.Dari mana kita datang?
ii.untuk apa kita hidup?
iii. ke mana kita akan dikembalikan?..

sekian sahaja nasihat saya buat teman2 sekalian..
WASSALAM..

Saturday, November 7, 2009

0 comments

2 lagi blog persendirian

assalamualaikum..

saya sedang membuat dua lagi blog persendirian..masih dalam penyusunan..saudara juga dijemput untuk melawat ke blog itu..:

1. persona iman

2. blog orang baik

Friday, November 6, 2009

0 comments

JAUH PERJALANAN,LUAS PENGALAMAN

hari tu sekolah aku ada buat rombongan khas buat murid tahun enam ke Melaka..so aku pun join la...memang best..banyak kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila...so, aku ada le snap gambar untuk tatapan pembaca blog ni..kami bertolak jam 10:10 malam..


kami tiba di Masjid Al-Azim, melaka tepat jam 4:30 pagi..hulamak, seksa giler tidur dalam bas..sejuk!!dengan air-cond, hujan lak tu..memang dugaan..tapi, aku tak kesah pun..time sampai tu masjid tu tak bukak lagi la pulak..heran betul aku, masjid negeri pun tutup jugak ke??

masjid ni bukak pukul 4:57..(ikut jam aku la)..punya la sejuk mandi time pagi-pagi buta.(maklum la selalu banggun lewat)..kawan aku buat bising la plak kat masjid tu..udah aku yang kena marah ngan pak gauard..sedih..

dah habis sembahyang lak, kami tunggu makanan sampai..tapi tak lama pun,..
berbaloi la..kami makan bihun masakan melaka..memang lain rasanya..tapi waktu perut dah lapar, apa-apa pun jalan..hahahaha..


ni la gambar kami melantak bihun..ni pun masih lagi kawasan masjid al-azim tau..yang paling hansem kat gambar ni mamat yang pakai sweater sampai ke kepala tu..(bangga la ko mior)

ni la best friend aku yang bernama "naufal"..hensem kan??tapi ikhwan pulak kacau gambar ni..

habis kami lepak kat masjid negeri, kami dibawa ke Kota A.famosa..

ni gambar hazim dekat pintu masuk Kota A.famosa..yang ni die pantang sikit kalau jalan jauh-jauh sebab die tak larat..maklum la makan banyak sangat..die sempat kata kat aku:

"azam, aku takut je ade jadi ape2 kat aku time aku mendaki ni" muka die time tu memang serious..kite tengok ape jadi kat die waktu kat atas nanti..


HULAMAK!!! aku respect betul la kat ko hazim,..cover maco lagi???muka ust fadhil pun dah nampak mengah...tak pe2, kite tengok pulak ko bejaya dak sampai kat atas atau ko GIVE UP ye..


gambar ni yang aku kesian..memang kesian kat Ust. borhan..sentiasa ade pengiring si kecil..haller pun ade kat ust ni jugak..tapi yang ganjilnye mamat ket belakang ustaz tu..nape pulak tibe2 pakai songkok yang lain???sebenarmye songkok die jatuh dalam lubang jamban kat masjid Al-Azim tadi..INNALILLAH HI WA IN NA ILAIHI RAJIUN...
dua-dua oarng aku simpati..takpe la ..pengalaman..jom tengok-ustaz-ustaz yang lain lak..


TAHNIAH!!!!ni ustaz yang pertama berjaya menamatkan pendakian..tapi masalahnya ustaz ni anak sedara kepada wakil umno changkat jong yang kalah...

ramai rakan-rakan aku yang berjaya menamatkan pendakian..ni gambar Abang Iqbal yang hensem..belakang tu kalau korang nampak, ade Eye On Malaysia dan Menara Taming Sari..Hazim tadi macam mane ye???berjayakah die??

HAZIM!!!TAHNIAH!!ANDA BERJAYA MENAMATKAN PENDAKIAN...la..aku ingatkan ko sorender tadi..hebat mu hebat..abe hazim..aku macam tak percaya..memang tak perceya..hazim dapat mendaki kota a.famosa???misteri..tapi aku masih tak puas hati!!aku nak tengok ko time turun pulak..

haahahahahahaha..muka ko dah naik cuak???muka ubai boleh cover lagi, tapi ko??kalau penat cakap je la penat..

and then, cikgu bawak kami ke MUZIUM KESULTANAN MELAKA..tapi time kami sampai tu, muzium masih belum dibuka..pastu..tau-tau je la kerja kami..tapi kisah yang paling besar ialah mengenai "ABE HAZIM"..kite tengok ape yang die buat..

hazim....kat atas tadi gambar ko ngan ubai, kat sini pun gambar ko ngan ubai gak..hebat ko..bagus, istiqamah..contohilah abe hazim..

aku tak nak ulas ape2 la pasal gambar ni..karang aku pulak kena belasah...hahahaah... hazim..hazim..

antara guru-guru pengiring yang menjaga kami sepanjang rombongan..sekalung penghargaan kepada mereka..aku dapat gambar ni pun sebab muzium tu tak bukak-bukak...hi...lame nak tunggu..

ni abang naufal dan gurunya, ustazah norela..tapi nampak macam sama tinggi..

ni pun gambar abang naufal bersama sebuah pokok yang tak pernah aku jumpa..

lepas kami melawat muzium kesultanan melaka, cikgu bawak kami ke Nilai, Negeri Sembilan... memang puas la kami shoping..
tapi, yang problem nye aku la..aku hilang guru pengiring..so, aku pun jalan la sorang2 nak cari geng..tak lama lepas tu, kawan aku yang namanye "haziq" datang kat aku..die tanye nape aku jalan sorang2..aku jawab aku hilang kumpulan..rupa-rupanye nasib kami serupa..so, aku jalan-jalan la ngan si haziq...kami jumpa lagi sorang senasib ngan kami.. namanye "hafizuddin"..aku x de la rapat sangat ngan diorang ni, tapi dalam keadaan macam ni, aku tek peduli ape dah..

pastu, kami tubuhkan kumpulan hilang kumpulan..memang pelik namanya tapi itulah hakikatnya.. kami sebagai budak yang baru nak masuk ke alam remaja, merayau tak de hala la..aku pernah pergi ke nilai ni, tapi aku tak biasa nak tunjuk jalan..kamii pun lepak la kat MARRYBROWN..kami mane bawak banyak duit..so, kami pun survay makanan yang nak dibeli..hareganya lebih kurand lebih RM 9.58.. dekat dalam poket aku hanye tinggal lima ringgit..dalam poket haziq adeRM 6.oo..tapi untuk menampung makan malam, die boleh bagi RM 4.00 aje..hafizuddin pulakx de duit..ADUH!!! aku ingat mampus dah aku ari tu..perut dah lapar..tiba2 aku teringat aku ade duit syiling RM 0.50...aku tambahkan jadi la RM 9.50...sekarang tak cukup lagi lapan sen..rupa-rupanya hafizuddin ade tiga sen danhaziq tampung lima...duit memangf cukup-cukup..Masyaallah...waktu tu baru aku dapat menghargai sesuatu barang walaupun tiga sen...tapi bebaloi!!!!korang tengok la sendili..


HULAMAK!!!bukan main lagi ceria deme ni..tak pe la..sekali-sekala..

lepas makan baru la bertenaga nak berjalan..tapi, kami tak beli apa pun..just jalan aje..tapi puas la..antara gambar2 yang dapat dirakaam...khas untuk untuk korang..

happy aje HAZIQ ni...

abang udin ni pulak diam je waktu kami jalan2...

waktu dalam perjalanan nak pergi kat bas, aku baru nampak rakan2 yang berpakaian seragam macam aku..

tapi aku tak leh kenal siapakah mereka ini???guru pengiring pun tertinggal kat belakang..



disediakan oleh:

"berilmu dan beramal"

sekian....

p/s:publish ini tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa terutama buat ABE HAZIM...jangan terasa..sebabko je yang aku nampak..so, gambar ko je la yang aku snap





Thursday, November 5, 2009

0 comments

YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA KAMI..

kemaskini 6:00:kehakiman ditangguhkan pada satu tarikh baru yang akan ditetapkan

kemaskini 5:58:
penggulungan telah selesai dibuat oleh peguam nizar sebentar tadi

kemaskini 5:31:
peguam zambry baru habis memberikan hujah..sekarang salah seorang peguam nizar memberi hujah pergulungan

kemaskini 5:20:
perbicaraan penentuan bersambung yang menentukan siapakah mb perak...ALLAHUAKBAR..

kemaskini 4.58:
mahkamah berhenti rehat lagi..peguam zambry, masih lagi belum habis mengemukan hujah belau tetapi mahkamah mengishtiharkan berehat..



sekarang perbicaraan yang bermula lebih kurang jam 10.00 pagi tadi masih lagi sedang berjalan..haji Sulaiman mewakili Dato' Seri Ir Haji Nizar telah habis membacakan serta mengemukakan sebab mengapa Haji Nizar masih lagi mb perak...sebentar tadi, peguam pencelah yang juga peguam negara, abdul ghani phatail baru sahaja hujah singkatnya dan sekarang pula berlangsungnya hujah yang dikemukakan dari pihak Kerajaan Haram yg diketuai Zambry...

manakala, permohonan Dato' Seri Nizar supaya kes ini didengar oleh 11 hakim ditolak..hakim juga bejanji bahawa kes ini akan diselesaikan pada hari ini juga...jadi saya merayu kepada penyokong pakatan rakyat agar menunaikan solat hajat sekarang juga...

Wednesday, October 28, 2009

0 comments

PERSIDANGAN DUN PERAK KECOH!!! SULTAN DIMINTA BUBARKAN DUN

DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul
Wartawan Malaysiakini
Okt 28, 09
9:19am
12.55pm: Dalam kekecohan persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

12.37pm:
ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu 'bersidang', iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

12.15pm: Zambry bentang usul tangguhkan sidang DUN BN, dan diluluskan.

12.05pm: Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".

Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnnya dengan menepuk meja.

Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.
 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers