MANADO: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kesediaannya bertemu pemimpin Pakatan Rakyat malah akan menetapkan tarikhnya asalkan mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak."Kalau setakat nak berbincang, kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai," katanya ketika kepada wartawan Malaysia hari ini di akhir lawatannya ke sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang.
0 comments:
Post a Comment
kalau ada cadangan atau komen sila kemukakan di bawah