Sunday, May 31, 2009

0 comments

PKR KEKAL KERUSI PENANTI,MAJORITI 5558,PERATUS MENGUNDI PALING SIKIT DI SEMENANJUNG

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

(Malaysiakini)
0 comments

proses pilihan raya tidak syok sebab bn x bertanding

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berlangsung dengan tenang dan lancar walaupun bilangan yang keluar mengundi dalam tempoh empat jam pertama agak 'dingin'.

Sehingga pukul 10 pagi tadi hanya 14 peratus pemilih telah keluar mengundi.

Paras itu meningkat kepada 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang menjelang 12 tengah hari tadi.

Tinjauan mStar Online mendapati pusat-pusat mengundi terus dikunjungi pengundi tetapi bilangan mereka tidak 'memberangsangkan' berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.

Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, pusat-pusat mengundi pada hari penentuan ini dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga 5 petang manakala keputusan dijangka dikeluarkan menjelang 8.30 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Bernama melaporkan keadaan cuaca cerah di sebelah pagi membolehkan orang ramai keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat kawasan itu.

(sumber: Mstar)

Friday, May 22, 2009

0 comments

pondok panas dimansuhkan...

BUTTERWORTH, 21 Mei :-Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi sehingga ada satu peraturan baru yang menyebabkan seseorang itu dipenjara kalau masih berkempen dihari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik memaklumkan jika ada individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan, katanya

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya kepada rakan media di sini hari ini.

Monday, May 18, 2009

0 comments

kan aku dah kata najib takut hadapi pilihanraya...

Adjust font size:
BN tidak lawan PKR di Penanti
Jimadie Shah Othman | May 18, 09 6:50pm
Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

PKR menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."-malaysia kini
0 comments

nizar mahu rayuannya didengar lima orang hakim mahkamah rayuan

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.


Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mstar.

Friday, May 15, 2009

0 comments

najib sedia jumpa pimpinan pakatan rakyat untuk berbincang...

MANADO: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kesediaannya bertemu pemimpin Pakatan Rakyat malah akan menetapkan tarikhnya asalkan mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

"Kalau setakat nak berbincang, kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai," katanya ketika kepada wartawan Malaysia hari ini di akhir lawatannya ke sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang.

Thursday, May 14, 2009

0 comments

najib kata dia berani menghadapi pilihanraya..hampa percaya tak???

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan.

Benarkah ini hakikat yang sebenarnya sedangkan masalah Penanti masih dalam keadaan samar walaupun untuk satu DUN inikan 59 DUN BN tidak gentar ?

Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Kalau benar itu hasrat Najib kita cadangkan dia melakukan sesuatu untuk mempercepat proses kea arah pembubaran DUN yang ditunggu oleh banyak pihak termasuk Ku Li, Suhakam dan banyak lagi.-cina islam

Tuesday, May 12, 2009

0 comments

zambry mb perak???krisis perak berpanjangan...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

"Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar.-cina islam

Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.

Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar.

Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu. Malaysiakini.
0 comments

terkini..12 mei 2009 4.40 ptg taklimat penting sedang diberikan oleh mb nizar...

YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan taklimat tentang perkembangan terkini mengenai Kerajaan Negeri Perak berikutan mengenai keputusan terkini Mahkamah . Hadir dalam taklimat penting ini ialah dikalangan Pimpinan Pakatan Rakyat dan semua ADUN Pakatan Rakyat.-cina islam...
0 comments

HARI INI.....

hari ini merupakan sambutan hari guru.
HARI INI DIKIR BARAT DATANG LAGI DI BUKIT GANTANG,
HARI INI CERAMAH MB NIZAR DI KAMPUNG JELAPANG,
HARI INI SPEAKER SIVAKUMAR CABAR YG HARAM DIGELANGGANG,
HARI INI NAJIB KATA 16 SEPTEMBER MENYALAH PEMBANGKANG,
HARI INI WABAK SELESAMA MELANDA MALAYSIA PERTAMA KALI DI SERANG.
HARI INI JUGA MALAYSIA MENJADI NEGARA DEMOCRAZY.....

wALAU MACAMANAPUN BERLAKU HARI INI,
SEJARAH MALAYSIA TERUNGKAP BERSENI,
SEORANG BUDAK YG LAHIR DARI PERUT IBUNYA,
MENYAMAN KERAJAAN, PERJUANG BAHASA MELAYU IBUNDA,
BUDAK YANG LAHIR DARI SEORANG IBU BERNAMA FATIMAH,
ISTERI MB NIZAR YG BERJUANG PENUH BERHEMAH,
DALAM SETIAP TANGIS ADA KEGEMBIRAAN,
DALAM SETIAP TRAGIS ADA KENANGAN.

WALAU BURUK MANA BERLAKU PADA HARI INI,
MUNCUL 16 MEI TINTA BERBUDI MENGANGKAT DIRI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA PERDANA MENTERI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA MB NIZAR DISEGANI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA CENDEKIAWAN MELAYU SEJATI,
SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU-GURU BESTARI,
JASAMU CIKGU DUNIA TAKKAN LUPAI...
ISTERI MB NIZAR TERSENYUM SUPAYA PERAK TIDAK DITANGISI...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1..


Monday, May 11, 2009

0 comments

tindaka segera!!beberapa langkah segera yang diambil mb perak...

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

Thursday, May 7, 2009

0 comments

kata2 speker v.sivakumar....

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar sejam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.-copy dari cina islam....
0 comments

gambar v. sivakumar diheret keluar dewan

perbuatan seperti ini tidak patut ada dalam malaysia
speker yg sah diheret keluar dewan oleh beberapa orang polis yg x bertamaddun....
0 comments

mAKLUMAT teRKIni...


Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua

Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.-cina islam..dengar cite air kat tandas pun tek de....agaknye semua yang ade kat perak ade 2..
0 comments

mAKLUMAT teRKIni...


Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua

Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Tuesday, May 5, 2009

0 comments

adakah benar SUK perak kesal ataupun kata yang beradab ialah bertaubat?

KUALA LUMPUR, 5 Mei : - JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.

Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.-maklumat lanjut di blog cina islam..

Sunday, May 3, 2009

0 comments

dah malu....penamaan calon diihadkan kepada 5000 orang sahaja???

pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana sudah lama blog ini tidak ade maklumat terbaru..ade beberapa sebab mengapa saya tidak membuat update..ade la masalah yang x boleh dielakkan lagi.jadi saya ingin meminta maaf atas kesalahan saya.




Kehadaran penyokong BN dalam penamaan calon PRK Bukit Gantang yang lepas menyaksikan suatu jurang kehadiran yang sangat nyata. bayangkan ramai yang menganggarkan paling ramai kehadiran pihak BN hanya 5000 malah ada yang menanggarkan cuma paling banyak 3000 orang sahaja dipihak BN.


Sebaliknya kehadiran pihak Pakatan Rakyat saya anggarkan mencecah 30,000 orang. Malah satu hal yang tidak dapat dinafikan kehadiran sejumlah lautan manusia sebegitu ramai bukanya dari imbuhan wang minyak kereta atau makan free untuk mereka, tetapi mereka datang khusus yang beragama islam atas hasrat peribadi mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Bagi yang bukan Islam mereka bersatu untuk menyaksikan kejatuhan BN secepat mungkin. Mereka bergerak seawalnya beberapa hari sebelum penamaan calon untuk menghadirkan diri dalam hari penamaan calon tersebut.-cina islam
 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers