Sunday, March 29, 2009

Saturday, March 28, 2009

PANDUAN KE PUSAT PENAMAAN CALON ESOK

Pimpinan PAS akan berkumpul di Markaz PAS Air Kuning mulai jam 7.30 pg. Selepas Solat hajat, Calon akan dibawa ke pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping diiringi oleh pimpinan PAS. Penyokong-penyokong PAS pula akan mula berkumpul di Masjid Daerah Taiping mulai jam 7.30 pagi. Solat hajat juga akan diadakan di masjid yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak. Selepas itu, semua akan mula bergerak ke tempat bermulanya perarakan calon di Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik.

Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan. Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan.-misbahul munir......

0 comments:

Post a Comment

kalau ada cadangan atau komen sila kemukakan di bawah

 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers