Sunday, March 29, 2009

0 comments

perjalanan penamaan calon hari ini..penuh seejarah...

kemaskini 12.36pm Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi telah disahkan selepas lima bantahan ditolak di ketiga-tiga kawasan tersebut.

bukit gantang by election nomination day 290309 01Di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (Umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Seramai 55,562 pemilih akan menentukan pertarungan sengit antara BN dan PAS - yang dianggap "pungutan suara" terhadap kepemimpinan baru kerajaan bawah Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat.

Kekosongan kerusi PAS ini akibat kematian wakil rakyatnya Roslan Shaharum tidak lama selepas kemuncak krisis politik tersebut awal bulan lalu.

bukit gantang by election nomination day 290309 06Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang.

Calon bebas Johnny Chuat menarik diri daripada penamaan calon dan didakwa menyokong calon PKR.

Seramai 8,006 pemilih akan menentukan nasib kedua-dua calon ini. Kerusi Batang Ai dikuasai BN sebelum penyandangnya Datuk Dublin Unting meninggal dunia.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

bukit selambau by election nomination day crowd shots 290309 07Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.

Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.-malaysiakini.......
0 comments

video penamaan calon p 059.......

untuk video penamaan calon di bukit gantang klik sini you tube atau tv pas
0 comments

Saturday, March 28, 2009

PANDUAN KE PUSAT PENAMAAN CALON ESOK

Pimpinan PAS akan berkumpul di Markaz PAS Air Kuning mulai jam 7.30 pg. Selepas Solat hajat, Calon akan dibawa ke pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping diiringi oleh pimpinan PAS. Penyokong-penyokong PAS pula akan mula berkumpul di Masjid Daerah Taiping mulai jam 7.30 pagi. Solat hajat juga akan diadakan di masjid yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak. Selepas itu, semua akan mula bergerak ke tempat bermulanya perarakan calon di Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik.

Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan. Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan.-misbahul munir......

Saturday, March 28, 2009

0 comments

akhbar HUJJAH bakalmengganti akhbar HARAKAH....

usaha untuk mencari pengganti harakah masih diteruskan sehingga kini.kemungkinan besar pengganti akhbar harakah adalah hujjah.


suara keadilan and harakah digantungmenurut maklumat yg diterima akhbar hujjah akan diterbitkan dan berada di pasaran pada minggu hadapan hari jumaat INSYAALLAH.......akhbar itu mempunyai sebanyak 48 halaman.akhbar itu mungkin tidak bnyak kelainan daripada harakah,kelainan tersebut mungkin dari segi tajuk,isi atau sebagainya.
menurut mesyarat yg telah diadakan semalam memutuskan bahawa kita akn
meneruskan perjuangan dan akan beroperasi seperti biasa.
walau bagaimanapun kita sebagai penyokong setia kpd kebenaran hendaklah sentiasa menokong kebenaran.wassalam........

Wednesday, March 25, 2009

0 comments

permit harakah di gantung?

Gantung permit Harakah - Kami tidak akan berhenti bersuara!

Rakyat dikejutkan dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri untuk menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa 23 Mac baru-baru ini.

Tiada alasan kukuh untuk menyokong penggantungan yang dibuat KDN, melainkan ianya terdorong daripada sentimen kegusaran pemerintah Umno-BN terhadap keberkesanan Harakah.

Penggantungan permit ini amat tidak adil dan harus ditarik balik serta merta.

Sejak 1987 Harakah diterbitkan, sehingga kini sudah mencapai 22 tahun, tidak sekalipun permit Harakah digantung walaupun tohmahan, fitnah, kecaman dan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Harakah.

Dalam tempoh 22 tahun, Harakah sedia ditegur, termasuk oleh KDN, dan kita melakukan perubahan jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebagai sebuah organ parti Harakah juga mempunyai visi dan misi yang tersendiri.

Malangnya, banyak tuduhan kepada Harakah merupakan dakwaan liar yang tidak berasas. Ia juga jarang dibuktikan.

Justeru, kebanyakannya bersifat tekanan politik Umno-BN.

Tindakan menggantung permit Harakah adalah yang julungkalinya dibuat, menunjukkan KDN tidak bertindak adil dan mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.KDN dipergunakan untuk kepentingan politik mereka.

Meskipun Harakah kerap dilabel sebagai 'akhbar nyamuk' yang didakwa tidak berpengaruh, dengan jumlah jualannya tidak sebesar mana, edarannya tidak meluas seperti akhbar arus perdana, tetapi yang peliknya ia begitu ditakuti dan digeruni Umno-BN.

Apalah kedudukan Harakah, jika hendak dibandingkan dengan jumlah puluhan media cetak dan elektronik yang jelas memihak kepada Umno-BN?

Tidak cukupkah lagi dengan sokongan membabi-buta media pengampu itu sehingga mereka cukup alergik untuk menerima kahadiran akhbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan?

Mengapa Umno-BN takut dengan suara kebenaran sedangkan Malaysia dicanangkan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menerima perbezaan pandangan dan menghormati kepelbagaian?

Hakikatnya ketakutan Umno-BN kepada Harakah membuktikan bahawa Harakah merupakan akhbar alternatif yang berjaya.-sumber dari cina islam

Sunday, March 22, 2009

0 comments
assalamualaikum.......

esok sekolah dah start balik.aku pun tak dpt main komputer macam biasa.saudara aku afif pun dah balik.so,aku nak tunjuk kat korang satu kalikatur bagi budak malas nak ke sekolah....




hahahahaha.wassalam.........
0 comments
gambar fitnah untuk pas di kawasan bukit gantang

Friday, March 20, 2009

0 comments

politik pelancongan......

banner2 yg terdapat di Bkt Gantang.................gambar yang biambil sendiri......bukan tiruan atau ambil mana2 bl0og...........


umno yang dulunya memusnahkan tulisan jawi kini mahu memusnahkan pula bahasa ibunda....



sebuah kalikatur yang terdapat sama di simpang tiga,jln BUKIT GANTANG..............



korang pikiaq la sendili cammana nak panjat atas tu.....kalau setakat ahli BN memang tak naik sbb mereka berkerja kerana duit...isy....isy....isy....


perang bendera sengit di sekitar jalan................

Sunday, March 15, 2009

0 comments

sudah kali yang ke3

kebencian,ketakutan,dan tidak bertamaddun.itulah sikap yang ada pada parti bn.msklumat yang baru saya terima dari pihak tertentu mengatakan plak yang ada pada pokok demokrasi sekali lagi dihancurkan atu dimusnahkan.kali ini mungkin kali yang ke 3 plak yang ada pada pokok demokrasi tersebut dimusnahkan.

menurut maklumat,kesemua plak yang ada pada pokok tersebut telah dimusnahkan oleh sebuah jentolak.

kini di ipoh ramai orang dan para wartawan sedang memenuhi pokok tersebut untuk menunjukkan rasa simpati mereka.......

Monday, March 2, 2009

0 comments

bn!!!bn!!!!kan dah kena balasan...ini ialah timbal balik daripada PAS

Isnin, Mac 02, 2009

SU Dewan di gantung tugas

IPOH : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.-idhamlim/azamuddin

 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers