Sunday, December 27, 2009

0 comments

OH DUNIA YANG FANA'!



Ambillah secebis ketabahan Abu Bakar,
Secangkir keluhuran Umar,
sekudus taqwa Ali,
selautan Ilmu Al-ghazali,
seindah rindu Ainul Mardiah,

Indahnya Ukhwah Ini,
DIKALA LUPA ADA YANG MENGINGATI,
DIKALA SILAP ADA YANG MENGINGATI,
DI dunia jasad yang fana'

Mengapa harus kita bergembira dengan penipuan duniawi ini?,
sedangkan dunia ini sementara,
sedangkan di dunia ini tempat kita mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke padang mahsyar,
bagi dihadapkan kepada Ilahi.

oleh itu,
janganlah kalian lupa,
alpa,
dan leka,
marilah kita memuhasabah diri kita masing-masing,
adakah kita masih berada di jalan lurus,
ataupun kita sudah jauh terpesong..
ingatlah!

from:ezam al-hafiz
to: all friends and family



Thursday, December 24, 2009

0 comments

INILAH CERITA KITA SEMUA

dunia ibarat puitis lakonan,

manusia itulah pelakon,

pengarahnya Al-Quran,

ass-sunnah itulah skripnya,

malaikat itulah jurugambarnya,

islam itulah ceritanya,

qiamat itulah penghabisan dan penutupnya,

padang mahsyar adalah tempat penganugerahannya,

rasullullah itulah pelakon terbaiknya,

Allah Subahanahuwata'ala itulah jurinya,

syurga dan neraka itulah trofinya,...


ingatlah, hidup ini adalah sementara..segala budaya barat janganlah kita ikuti,,jadikanlah rasulullah itu pendoman..jangan contohi mereka yang hanya menginginkan hiburan..mereka itu sanggup membuka aurat di khalayak ramai..renung-renungkanlah

Wednesday, December 23, 2009

0 comments

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN YIK

assalamualaikum...

setelah lama menunggu keputusan kemasukan ke maahad kawalan YIK, ana tegerak hati untuk menyemaknya secara online..ana pun melayari laman web rasmi yayasan islam kelantan..tidak berapa lama kemudian, ana terbaca suatu artikel yang tertulis, keputusan kemasukan boleh disemak secara online..

tanpa melengahkan masa, aku klik di tulisan itu..pada mulanya, sistem itu meminta no. siri..aku
menip no. siri aku..laman web bertukar putih menandakan keputusan kemasukan bakal keluar.aku semakin berdebar..tidak lama kemudian, keluar page seperti ini:



masyaallah..pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya aku..terima kasih kepada semua rakan dan sahabat yang mendoakan aku..

sekian, assalamualaikum..

Thursday, December 17, 2009

0 comments

cerita lawak

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul
0 comments

BIJI SAGA DAN KACANG TANAH

Saga adalah model kereta Nasional yang pertama, perkataan saga diambil dari sejenis tumbuhan kerana ciri-ciri istimewa buahnya yg tersendiri.


"Kacang tanah" pula model kereta berjenama Honda klik di sini.

Kedua-dua model ini mengambil nama bersempena dari keunikan biji benihnya.

Kehebatan biji benih adalah seperti "microchip" yg menyimpan segala maklumat tentang tumbuhan itu & tindakbalasnya terhadap persekitaran merangkumi bila akan bercambah, membesar, bercabang, berbunga dan berbuah... semua arahan ini tersimpan dalam hanya sebutir biji benih.. Maha suci Allah

Kereta ini sebiji macam kacang buknan???lihatlah sendir kereta keluaran honda ini:
















Tuesday, December 15, 2009

0 comments

cina...oh..cina

salam..

sekarang ni aku dekat toyota manjung, perak.ikut ayah aku g servis kereta innova..x tau lak kat sini ade 2 buah komputer siap wireless untuk kegunaan ramai..aku dtg dengan ayah dan sedara aku..sedara aku dah dapat satu komputer, aku x boleh ambik satu lagi komputer sebab ade budak berbangsa cina tengah main satu lagi komputer..x pe la..aku tunggu je dekat sebelah die sebagai serangan psikologi..aku buat bising la ..macam2 la aku buat..last2 die bangun jap sebab ape pon tak tau..jarak die dengan komputer tu lebih kurang 1 meter je..aku nampak die bangun..ape lagi, aku pon cepat2 la ambik kerusi tu..aku duduk kat kerusi die tu...budak cina tu nampak aku ambik tempat die..lalu die berkata:

budak cina: saya mau main komputer ni lagi la..

aku: tak pe, tak pe..(aku pon tak tau nape aku cakap macam tu)

budak cina: lu apahal?

aku: aik?? you dah bangun maknanya lu x mau main..jadi, nape lu halau gua??

aku x biasa bertoleransi dengan orang berbangsa laen..budak cina tu bengang..aku buat bodo aje..dalam hati aku berkata, dah bangun nak duduk balik..hahahah...budak cina tu ade dekat belakang aku..die tunggu aku belah..pastu, aku maen game painball..aku kuatkan sound bertujuan nak sakitkan hati die..muka die merah padam..aku wat x tau aje..sekarang ni, dei masih ade di belakang aku..sorry la ye...aku kalau dah dapat internet, ko tunggu la sapai berjam-jam pon aku tak belah lagi..aku nak publish blog..hahaha..tunggu la ko sampai aku balik...hahahaahah..puas hati aku..wuu.wakaka..ye..ah!!macam2 la..

Saturday, December 12, 2009

0 comments

NAMA MUHAMMAD ADE DI DALAM TUBUH KITA??



penghinaan atau kebesaran??ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik gambar ini..bagi saya, ini adalah menunjukkan kebesaran junjungan besar Rasulullah S.A.W..

Friday, December 11, 2009

0 comments

PERPISAHAN DEMI PERPISAHAN

pada tanggal 20 september 2009.SRA Al-munir telah dibanjiri oleh tangisan pelajar tahun 6...Tangisan itu juga adalah mercu tanda dan lambang hilangnya al- munir akan barisan pelajar senior yang telah banyak berbakti pada bangunan yang berusia 22 tahun itu...


belum reda lagi dengan kesedihan dan kehilangan pelajar tahun enam itu,al-munir sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar tahun 3 iaitu NUR IMAN HAKIM .....
allahyarham iman meninggal disebabkan penyakit telesimia...allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada hari selasa 14 zulhijjah 1430...allahyarham belum lagi mencapai akil baligh...oleh itu,ini adalah jaminan untuk nya dan jalan yang mudah bagi allahyarham ke jannatulfirdaus..

AL-fatihah

Wednesday, December 9, 2009

0 comments

karangan kelakar

tadi bukak face book..ade satu gambar yang menarik perhatian ana..gambar tu berbentuk karangan..ana baca karangan tu sampai habis..ana siarkan gambar tu dalam blog ana..bolehlah baca..memang kelakar..




kali pertama die takut kat hantu..kali kedua die takut kat hantu dan kali ke tiga, hantu takut dekat die..kalau aku, ade orang ketuk pintu, aku bukak takde sape, aku takkan bukak dah pintu lepastu..

rupanya karangan tu tak habis kat situ aje, cikgu die pun sambung, 'hantu itu gembira juga'..wakaka!!lepas tu, kena jumpa cikgu..hahaha
0 comments

blogger al-munir

blog rasmi al-munir 2009 yang diberi nama AL-MUNIR BLOGGERS UNITED IALAH:
munir 2009..

dan ahlinya adalah:

# http://hokage97.blogspot.com/ faiz

# http://ehsan97.blogspot.com/ ehsan


# http://saudaraiman.blogspot.com/ azam



# http://cintaislamiyah.blogspot.com/ hazim


#http://detectivefahmi.blogspot.com/haziq

# http://cutelittlesis.blogspot.com/ ainun

#khazinatulasrar97.blogspot.com/ hanani

UNTUK BLOG PELAJAR TAHUN 3:

@ http://rentakku.blogspot.com/ asyraf


@ http://fauzan20.blogspot.com/ fauzan


@ http://zuhdi20.blogspot.com/ zuhdi

Tuesday, December 8, 2009

0 comments

MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG

assalamualaikum..

tadi, ana ade baca blog seorang rakan ana..tajuk paling atas die kalau tak silap mengenai perjalanannye ke Kelantan..serentak dengan itu, ana pun baru teringat ana tak publish lagi dekat blog tentang ana ke Kelantan..hari ana bertolak tu ialah hari jumaat..bertolak dari ipoh sebab ayah ana ade kursus kat sana..jadi, ana pon ikut sekali la...ana bertolak pukul 10:30 pagi..sampai pukul berapa ana tak ingat, cuma ana tahu waktu tu baru je azan maghrib dan ana pergi ke masjid yang berdekatan..solat maghrib jamak ngan isyak..ana menginap di rumah ayah kepada ayah sedara ana di bachok..

lupa nak bagi tahu..ana ke Kelantan sebab nak ambik periksa masuk ke sekolah menengah Yayasan Islam Kelantan..ana mohon Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qi raat di Pulai Chondong..huh!! memang memenatkan perjalanan nak ke Kelantan..berhenti isi minyak dekat lima kali tak sampai-sampai..ana pulak jenis tak reti tido dalam perjalanan..boring je dalam kereta..nak sembang pon sampai dah habis modal..hahaha

esoknya ana bangun pukun 6 pagi..terus mandi dan solat subuh..sejuk jugak air kat Kelantan..pagi tu, pergi la sekolah yang nak dimohon..bila ana sampai aje kat sekolah tu, rasa terkejut tengok sekolah tu..hebat giler..

ayah ana dan ana pergi ke pejabatnye untuk daftar peperikan..bile masuk je kat dalam pejabat ana terkejut sebeb ana jumpa seseorang yang ana kenal..orang tu adalah rakan sekelaas ana..namanya hafizuddin..aku daftar pukul 8:15 pagi..peperiksaan pada pukul 9:00 pagi..memang banyak betul la dugaan nye..lepas lama tunggu aku dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan..ana jumpa lagi seorang sahabat baik ana di dalam dewan tu..namanya faiz... tapi, tak sempat sembang pon..periksa menulis ana boleh jawab..ana tunggu periksa lisan..ana gabra sikit dengan peperiksaan lisan ni tak tau nape..

habis peperiksaan bertulis, ade ustaz offer aku ujian lisan lepas zohor..mengikut pengalaman aku, waktu petang memang susah nak menghafal..jadi ana tolak dan ana ambik ujian lisan esok paginya..

dipendekkan cerita:

ujian lisan bermula pukul 8:00 pagi..lepas daftarkan dir, ana ke masjid untuk mengambil ujian lisan..ana rasa takut sikit..menggigil ana dibuatnya..bukan apa, ana takut ujian hafazan aje..mula-mula, ana diuji dengan kelancaran membaca jawi..ana rasa senang aje..lepas tu kena masuk bilik ujian akhlak pulak..die tanya tentang diri aku..macam-macam die tanya..

lepas tu ana masuk ke bilik tilawah untuk menguji bacaan al-quran..ana bolehh jawab..pastu, die tanye lak hukum2 pada ayat yang ana baca tadi..yang paling ana ingat apabila die tanya hukum sesuatu perkataan tu..ana jawab hukumnya adalah ikhfa'hakiki.. die tanye kena dengung ke tak..last2 semua ana dapat jawab..die macam tak puas hati..mungkin sebab ana asyik dapat jawab aje..pastu die tanya pulak apa maksud ikhfa' hakiki..memang la ana tak tau..keluar dari bilik tilawah, ana kena masuk bilik hafazan..die bagi sepuluh baris pastu suruh hafal dalam masa sejam..ana test selalu dekat rumah, kalau sepuluh baris ana boleh dapat masa kurang 40 minit..

lima minit berlalu..ana cuba menghafal tetapi tak boleh..memang ana rasa terlalu takut time tu..ana tak boleh ingat apa2..aku tak tau bala' ape yang turun kat aku time tu..last2 ana dapat 6 baris aje..astaghfirullah..memang ana tak puashati. disebabkan gabra, ana tak boleh hafal..aduh!!tak pe la..setiap kejadian itu berhikmah..pastu, ana terus aje balik..sampai dekat tanah merah kawan ana telefon/..namanya ikhwan..die mohon mts..die habis periksa sehari awal dari ana..rupanya die dah dekat Teluk Intan..aku dengar bunyi riuh rendah dekat telefon..rupa-rupanya die sedang bersama rakan sekelas ana..betapa seronoknya ana bila ana dapat bercakap dengan rakan2 ana..haha..rindu dengan suara mereka..paling syok, time tu sempat lagi aku ngan hazim saling kutuk-mengutuk..rupanya ikut handset pun boleh kutuk kawan rupanya,..

ni gambar sekolah yang ana mohon tu:


pintu pagar sekolah tu

sekolah tu dari luar pagar


salah satu bangunan sekolah tu..

yang paling cantik adalah masjid sekolah tu..

dari luar..

ni gambar adik ana di dalam masjid sekolah tu...


jalan masuk ke sekolah tu..

mtaq ini juga dihias pepohon seperti anggur dan tamar


Tertarik dgn visi dan misi pusat tahfiz inilah yg menarik perhatian kami sanggup datang sebegini jauh dgn hanya satu matlamat yang tekad.

ana time mendaftarkan diri

mtaq yang ana pohon tu ade website nye..klik aje di sini..MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG

Monday, December 7, 2009

0 comments

NASIHAT BUATMU- SAHABAT KU

assalamualaikum...

baru-baru ni, keputusan kemasukan ke sekolah menengah kerajaan negeri perak telah keluar..banyak soalan yang telah diajukan kepada ana..paling banyak adalah soalan ana dapat sekolah mane??ana tak larat nk jawab.so, ana jawab dalam blog ana ajelah..sorry lah ye..sebenarnye ana dapat sekolah Nazrin..same ngan abang ana..tapi, ana berhajat untuk masuk sekolah dekat kelantan..hari sabtu ngan ahad ari tu, ade ana hadiri ujiannye..ana mohon sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong..peperiksaan nye boleh tahan jugak..ujian bertulis ana dapat jawab tetapi, ujian lisan ana sangkut cikit dekat Ujian Hafazan..hahaha..die bagi sepuluh baris tapi ana dapat 6 aje..tak tau kenapa..selalu dalam masa 40 minit ana boleh abiskan 10 baris tapi, ujian tu 1 jam ana dapat 6 baris aje...mungkin ana terlalu gemuruh..

baru-baru ni, ana dapat satu berita tentang seorang rakan yang juga pembaca blog ini menyatakan die menolak tawaran ke sekolah menengah kerajaan negeri perak..die dapat ke Nazrin...name die ana rahsiakan..tapi, bila ana tanya kenapa die menolak tawaran itu, die kata mak die larang die..pastu, ana tanya kenapa mak die tak bagi?? die kata kat sekolah Asrama tak boleh makan banyak..hahaa..nak tergelak dengar alasan die..tapi, alasan tu sirius bukan main-main..tapi ana rasa tak masuk akal..takkan disebabkan tak boleh makan banyak tak nak masuk ke sekolah Nazrin.abang aku dekat sekolah tu badan die lagi besar ade la...tak de pulak die makin kurus...bukan ke kalau kite nak menuntut ilmu kite kena menjaga pemakanan..kalau menghafaz Al-Quran pon kena makan sikit,,tapi, aku tak mati pun..ana nak ingatkan bahawa berkat itu adalah segalanya..mengapa setiap kali peperangan di zaman Rasullullah para sahabat berpuasa..tetapi, mereka tetap memenangi peperangan tersebut..mengapa??..itu juga adalah kerana pertolongan daripada Allah Subahanahuwataala..

kalau sahabat menolak tawaran itu, perlulah mencari sekolah lebih baikdaninya..bukan lagi teruk darinya..ana bukan ape..hanya mahu mengingatkan sahaja..sebenarnya semua yang sahabat dengar dari mulut orang lain adalah fitnah semata-mata..ana tahulah kerana abang ana sendiri bersekolah di situ..Izuddin ade jenayah buli..semua sekolah ade jenayah tu..tetapi di Nazrin tiada langsung jenayah itu ataupun spesis itu..menagapa di situ tiada jenayah buli?? ini adalah berkat didikan para guru yang mendidik mereka..

ana tidak mahu menghuraikan lebih panjang lagi..cuma nasihat ana adalah mungkin sahabat membuat tindakan terburu-buru..ana yakin sahabat belum menunaikan solat Sunnat Istikharah..pergilah ambil wuduk dan mengadulah kepada Allah..itulah cara yang terbaik..ingat, kita merancang tetapi jangan lupa, Allah juga merancang..Kita hanya hamba-Nya..dia Maha Mengetahui segalanya..pohon lah dari Nya..ana bukan nak menyinggung perasaan sahabat..tetapi hanya mahu memberi nasihat..pilihlah dahulu..jangan ikut kata sesiapa..sahabat ada hati dan fikiran..gunakanlah sebaik mungkin..wassalam..

"SEMOGA MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK" salam ikhlas dariku..-azamuddin
 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers