Wednesday, October 28, 2009

0 comments

PERSIDANGAN DUN PERAK KECOH!!! SULTAN DIMINTA BUBARKAN DUN

DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul
Wartawan Malaysiakini
Okt 28, 09
9:19am
12.55pm: Dalam kekecohan persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

12.37pm:
ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu 'bersidang', iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

12.15pm: Zambry bentang usul tangguhkan sidang DUN BN, dan diluluskan.

12.05pm: Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".

Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnnya dengan menepuk meja.

Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

Tuesday, October 27, 2009

0 comments

guru bekorban demi murid disebabkan penipuan membina jambatan

Guru, pengawal nekad selamat 19 murid
Okt 27, 09 3:34pm
Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di Ipoh malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam-kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan SK Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan.

Menceritakan semula detik-detik cemas malam tadi, Zulkifli berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang beliau terus terjun ke sungai berkenaan untuk membantu mangsa.

Dua lagi rakannya Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62, turut terjun ke sungai bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Zulkifli berkata rakannya Rosli berjaya membawa naik enam murid manakala beliau dan Ismail sempat menarik naik antara empat dan enam murid.

"Air sungai sangat deras dan saya bersyukur kerana dapat membantu dengan cepat," katanya.

Sementara itu seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

Menyedari jambatan itu runtuh ketika murid-murid berada di atasnya, beliau nekad terjun ke sungai dan mengharungi arus deras bagi menyelamatkan mereka.

Seorang pelajar yang terselamat dalam kejadian itu Mohd Haziq Teng Mohd Salleh, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bemban, Batu Gajah, berkata semasa kejadian, beliau berada di tengah-tengah jambatan.

"Tiba-tiba sahaja saya tercampak ke dalam sungai, air sangat deras... saya bersyukur kerana sempat berpaut pada tali yang terjuntai dari titi dan dapat menyelamatkan diri dengan menaiki tepi tebing," katanya.

Perkhemahan yang bermula semalam dijadual hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini dan ia menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke SK Kuala Dipang.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di SK Kuala Dipang itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. BERNAMA

Sunday, October 25, 2009

0 comments

PERBEZAAN MEKAH DI ERA DAN ABAD INI

Melayari blog "sesama insan" . Blog :"Isu hangat" Kerinduan tanah suci rasa amat terpanggil lalu saya cari gambar-gambar kenangan utk di letak bersebelahan gambar yg dicopy dari blog tersebut.


Gambar pasukan keselamatan di Arab Saudi dulu-dulu ..














Sekarang pakaian pengawal keselamatan dah tak semuanya pakai jubah lagi. Siap naik motor virago 535 yang tak guna rantai macam motor biasa.


Gambar pilih kambing utk ibadah Qurban dulu-dulu.........
Qurban zaman sekarang terus melalui dipotong dari akaun simpanan, tak perlu pun pergi ke rumah penyembelihan.

Pegaruh Coca Cola 1953....















Hari ini Coca cola dan pepsi masih terdapat di merata-rata tempat, peliknya air mineral pun berjenama puak ni juga. Air tu cuma free, jadi jangan salah sangka dgn hajjah tu.


Dulu-dulu para jemaah akan tahu di mana lokasi Telaga Zam-zam

Bangunan Telaga zam-zam di belakang itu sudah tiada kelihatan lagi. Begitu juga mimbar tinggi itu , yg ada cuma mimbar mudah alih.

Getirnya melakukan ibadah haji waktu dulu...














Nak makan sekarang sudah cukup mudah, samada diedar secara pek atau sajian secara layan diri, kekadang tu terus beli sahaja di restoran. Sajian pula bertaraf hotel berbintang-bintang.



Getirnya melontar di tiga jamrah ... malah waktu dulu jemaah dapat mengenalpasti sempadan tanah haram hanya berpandukan Jamratul Aqabah. Hari ini jemaah hanya berpandukan papan tanda.
















Melontar di jamrah sekarang telah bertingkat-tingkat lagi berhawa dingin. Laluan sehalanya mirip lebuhraya PLUS kita... tapi jangan mudah terpedaya, jika laluan balik jalan di tutup kita akan tersasar jauh ke khemah jemaah benua lain.Di sana juga ada restoran macam kfc tapi berjenama "AL BAIK"


Padang Arafah dulu yang gersang gambaran teriknya mahsyar.















Padang Arafah sekarang telah dipenuhi pepohon rendang, penuh kehijauan sejauh mata memandang. Kekadang di lantai khemah berhawa dingin siap dgn rumput karpet yg indah sekali.




Dulu-dulu naik kapal laut berbulan-bulan baru tiba.















Kini jika kita bernasib baik (rezeki) dgn menaiki Saudi Air dapat KT awal penerbangan terus ke Madinah. Dari KLIA jam 6.00 pagi waktu Malaysia dan tiba Madinah sebelum jam 12.00 tengahari waktu Arab.(baca elok2)














Jika nak naik motor mat rempit pak arab ni utk cepat elak kesesakan ke Masjidil Haram secara menongkah arus dari Mina tambangnya kekadang cecah RM 150.00 sehala... itu pun jika kita berani















Pengangkutan begini pun masih ada sekarang... tambang utk seorang mereka bayar RM 10.00





Dulu-dulu ini cara angkut barang...















Kini dah jadi pemandangan biasa bila pak arab naik motor.

Roti arab zaman dulu tentu sedap........roti keras dari tepung gamdum yg murah tapi itulah sajian para rasul yg hidup penuh kesederhanaan.















Isteriku selalu mengeluh kerana bau sajian restoran ini yg menerjah hingga ke dalam masjid.. aku hanya tersenyum.

















Jemaah di Mina zaman ini sanggup beratur panjang-panjang dan lama utk beli roti canai berharga RM 5 sekeping.










Indahnya ibadah orang dulu-dulu walau serba kekurangan tetapi penuh kekhusukan dan keikhlasan..




Ini pula gambar ayah aku sewaktu program ziarah

Monday, October 19, 2009

0 comments

KEMENANGAN BUAT AKU

assalamualaikum...

sebelum saya memulakanbicara padahari in, saya nk tanya kat pengunjung blog ni...korang inagat tak lagi publish aku tentang "hukum memakai gelang bagi lelaki"...sebenarnya aku tulis tu untuk bagi tau kat korang pasal hukumnya..

ade cerita sebalik daripada penulisan tersebut...

satu hari, aku ke kelas tuisyen untuk belajar..seorang sahbat karibku yang bernama "wan ubaidah", memakai gelang magnet tersebut...aku duduk kat depan die..jadi aku menggunakan kuasa aku sebagai seorang sahabat untuk menegur sahabat ku sendiri..

"woi, mane boleh kite pakai gelang magnet!!"

"kenapa???"

"kite ni kan lelaki, mane boleh pakai gelang walaupun untuk berubat kerana menyerupai wanita"
cara aku mengurnye berkesan..tetapi Allah tidak memberikan laluan yang mudah buatku..

ketika aku menegurnye, salah seorang rakan aku yang bernama "faiz" terdengar perbualan kami..lantas die menyampuk dengan mengatakan tidak haram..aku memberikan beberapa hadis nabi yang sahih..tetapi die masih tetap dengan pendiriannya..

aku tidak mengalah...aku yakin kebenaran pasti akan tertegak cuma cepat atau lambat..seiring juga dengan tema blog ini,"ISLAM AKAN TEGAK DI AKHIR ZAMAN"..

entah ape mimpi seorang ustaz aku hari ini, die menerangkan mengenai perkara2khurafat..diselit juga deengan hukum memakai gelang magnet..Alhamdulillah...hukum yang ustaz berikan adalah
'HARAM'...rakan aku yang menentang aku mula menggelabah mencari alasan untuk keluar dari kelas..aku hanya tersenyum melihat gelagatnya...SYUKRAN YA RABBI..kalau korang nak blog rakan aku yang kata boleh pakai gelang magnet boleh ambik kat sini:

http://smartcuber.blogspot.com/

Saturday, October 17, 2009

0 comments

KEMEWAHAN YANG SEMENTARA

pada hari ini umat islam diseluruh dunia telah dibutakan oleh arus kemodenan..

publish aku ari ni amatlah penting dan sebolehnya dapat menyedari apa yang sedang berlaku di abad ini...
seorang insan yang berketurunan di raja dan berbangsa arab..pada hari ini kita banyak mendebgar kisah mengenai umat islam di palestin yg mana mereka ditindas dan diseksa oleh kerajaan haram Zionis..sebaliknya.....raja2 dan orang2 pemerintahan mereka bersenang lenang...mari sama2kita lihat kediaman salah seorang daripada orang tinggi mereka....



kediaman seorang anak sultan di waktu malam..masyaallah

sesudah itu, marilah pula saya tunjukkan kepada anda aksesori di dalamnya...

sebuah ruang yang amat mewah..



bilik mandi yang dilengkapi dengan tap mandi....siap ade ''tile" lagi...



ruang yang cukup hebat DAN EXECUTIVE seperti bangunan "THE MALL"kat KL...tapi itu pun takBBOLEH lawan lagi...






astaghfirullah hal azim...

masih tak cukup dengan itu?????




berapa banyak kereta yang die nak pelihara....minyak yang dipakai pun sudah tentu bukan RON 95....kalau ade budak2 tadika yang tak reti mengira, bawak die ke sini....mesti jadi genius...

namun, disebalik kesemua kemewahan yang mereka ada, di manakah mereka meletakkan kedudukan rakyat mereka??? bagaimanakah nasib rakyat mereka???rakyat mereka juga merupakan saudara kita kerana mereka beragama islam...

rakyat mereka yang tidak berpakaian dan menjadi pengemis jalanan...


YA ALLAH!!!!!! tidak sanggup aku melihat gambar ini lama2....rasa ingin menangis melihat nasib mereka sebegini....sedangkan raja2 dan pemerintah mereka bermewah-mewahan di sana....

saudara, tidak tersentuhkah hati saudara melihat keadaan seperti ini?

Allah taa'la berfirman, "dan apabila kami memurakai sesuatu kaum, maka akan kami berikan mereka kemewahan yang sementara"....

sedarlah wahai saudara dan saudari...
 

About Me

My Photo
ninja97
islam akan tegak diakhir zaman sehinggakan orang yahudi terpaksa menyorok disebalik pokok-pokok.
View my complete profile

Followers