أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.
jika kita renungkan hadith ini dengan teliti,apakah sebab nabi muhammad melarang sahabatnya itu memakai gelang itu..pasti ada sebab tertentu.namun, hadith inii ytidak habis disitu sahaja..kita perlu renungkan secara mendalam..
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.
Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.sehinggakan penyakit serupa itu pun Rasulullah masih lagi melarang apakah kita yg tidak ada penyakit(yg boleh menjurus kepada maut)diharuskan memakai gelang ini..tidak mungkin gelang sahabat tadi diperbuat daripada magnet..
jika diperbuat daripada bahan lain pun sudah dilarang oleh Nabi, apakah pula hukumnya magnet yg hanya menambah dosa.
menurut Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.
jika mungkin saudara pembaca blog ini mengatakan memakai gelang magnet adalh boleh disisi islam, apakah saudara ingin melihat sahabat kita yg jahil melihat kita yg memakai gelang???./..jika mereka melihat kita orang yg baik memakai gelang, di fikiran mereka tentu tertanya-tanya bolehkah memakai tangkal??apakah bezanya 'tangkal' dan gelang..??itu adalah pemikiran orng yg jahil,lalu memakai tangkal disebabkan melihat kita sebagai contoh..jadi, memakai tangkal adalah perkara khurafat dan syirik..oleh itu, kita juga turut mendapat dosa...
apabila seseorang itu memakai gelang khususnya lelaki maka ianya telah menyerupai perempuan maka ianya adalah haram sama sekali..
sebab saudara kata :
@Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.@
حدثنا محمود بن غيلان حدثنا أبو داود الطيالسي حدثنا شعبة و همام عن قتادة عن عكرمة عن ابن عباس قال : لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال
قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
قال الشيخ الألباني : صحيح
maksudnya : daripada ibnu abbas r.a telah berkata : Rsulullah s.a.w melaknat wanita yang menyerupai lelaku dan lelaki yang menyerupai wanita…
berkata Imam Al Tirmizi : hadis ini hasan soheh
albani : soheh
wallahualam
manakala hadis ini :
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”
sungguh jelas menyatakan bahawa sahabat tersebut mengunakan bahan logam tadi untuk tujuan perubatan sebab dia kata ” من الواهنة” , saya tak nafikan ulamak menyatakan maksud hadis di atas merujuk kepada tangkal dan sewaktu dengannya, tapi walaubagaimana ianya tetap larangan berubat dengan logam.
Dan nabi s.a.w takkan bercakap mengikut hawa nafsu bahkan ianya adalah wahyu semata-mata.oleh itu, haram hukumnya lelaki memakai gelang magnet...wallah'ua'lam